Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini menjelaskan cadangan penggabungan persatuan itu dengan PKNS FC, adalah suatu usaha untuk mentransformasi industri bola sepak di Selangor, bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Jawatankuasa Eksekutif FAS penggal 2017-2021 dalam satu kenyataan, menepis khabar angin yang mengatakan cadangan penggabungan itu adalah semata-mata untuk mendapatkan dana lebih besar.
"Niat untuk menyatukan kelab bola sepak di Selangor terutamanya FAS dan PKNS FC telah lama wujud, sejak beberapa menteri besar sebelum ini, namun terdapat beberapa kekangan menyebabkan ia gagal direalisasikan sehingga kini.
"Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lepas Presiden FAS Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah berbincang secara mendalam, untuk mencari penyelesaian dalam isu ini malah menteri besar juga pernah menyatakan hasrat jelas kepada media untuk menjadikan PKNS FC sebagai 'pasukan simpanan'," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa itu memaklumkan FAS percaya, penggabungan kedua-dua pasukan itu kelak akan memberi peluang kepada persatuan berkenaan untuk terus mencapai kejayaan di peringkat pasukan utama.
Malah, ia juga dilihat dapat membina asas kukuh dalam pembangunan bakat muda sehingga mampu menjadi jaguh dalam arena bola sepak dunia, kata jawatankuasa berkenaan.
Jawatankuasa itu turut menjelaskan bahawa walaupun cadangan menggabungkan kedua-dua pasukan itu memerlukan beberapa 'pengorbanan', ia dilihat sebagai langkah terbaik yang memberi manfaat kepada masa depan industri bola sepak Selangor.
Menurut kenyataan itu, antara manfaat penggabungan tersebut pastinya dari segi kewangan, apabila ia dapat menjimatkan kos kerajaan negeri yang tidak perlu memperuntukkan perbelanjaan berasingan, kepada FAS, PKNS FC serta Selangor United.
"Dianggarkan sebanyak RM44 juta dibelanjakan FAS, PKNS FC dan Selangor United untuk musim 2019 dan ia lebih tinggi daripada mana-mana pasukan dalam Liga Super, namun prestasi tidak memberangsangkan.
"Daripada membahagikan dana kepada tiga pasukan, langkah terbaik serta menjimatkan dilihat boleh dilakukan apabila kerajaan Selangor menggabungkannya dan memberikan dana tersebut kepada satu pasukan sahaja.
"Contohnya, jika RM16 juta dibelanjakan namun separuh daripadanya adalah dana kerajaan negeri (selebihnya daripada penajaan korporat), kerajaan Selangor dapat menjimatkan peruntukan sebanyak RM8 juta dan jumlah itu boleh disalurkan untuk pembiayaan pelbagai program lain bagi dinikmati jutaan rakyat negeri ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan FAS perlu berhati-hati dalam menguruskan kewangan bagi memastikan perbelanjaan dibuat mendatangkan hasil terbaik, malah kepedulian presiden FAS dan menteri besar mengenai cadangan itu bakal menghasilkan perubahan besar dalam sejarah bola sepak Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 08 2019
Dianggarkan sebanyak RM44 juta dibelanjakan FAS, PKNS FC dan Selangor United untuk musim 2019 dan ia lebih tinggi daripada mana-mana pasukan dalam Liga Super. - Gambar Fail
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).