SALAH satu syarat utama untuk menjadi sebuah pasukan berjaya adalah tiada pemain yang seharusnya lebih berkuasa daripada pengurusnya.
Ia merupakan satu prinsip utama dalam skuad Manchester United pimpinan Sir Alex Ferguson pada masa lalu.
Kini, ia mula dipraktikkan semula oleh pewarisnya ketika ini, Erik Ten Hag, yang tidak ragu-ragu untuk menjual Cristiano Ronaldo apabila pemain itu melampaui batas, dan kini turut dapat dilihat diamalkan oleh pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Di saat jendela perpindahan hampir melabuhkan tirainya, City mengumumkan bahawa salah seorang pemain bintang mereka, Joao Cancelo, bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga £61.5 juta (RM322 juta) berserta pilihan untuk membeli pemain itu secara kekal dalam jendela perpindahan akan datang.
Jika pengumuman ini dilakukan sebelum Piala Dunia, pasti kesemua pihak akan terfikir yang Guardiola sudah hilang akal.
Bermula dari awal musim ini, Cancelo yang mampu beraksi di bahagian bek kiri dan kanan merupakan salah satu jentera kreatif utama buat City dan bertanggungjawab untuk memulakan pelbagai rentetan serangan buat pasukan.
Hantaran yang tajam, visi yang menakjubkan serta kukuh dalam pertahanan juga, Cancelo sering dinobatkan sebagai calon pemain terbaik dalam pelbagai perlawanan dan merupakan satu elemen yang tidak boleh kurang dalam permainan City.
Malang sekali, persembahannya mula merudum dengan teruk beberapa minggu sebelum Piala Dunia, di mana dia memboloskan sepakan penalti dan dilayangkan kad merah dalam pertemuan dengan Fulham.
Setelah pulangnya dari Piala Dunia, persembahannya tidak dilihat kembali ke tahap optimum manakala kehadiran Nathan Ake di bahagian bek kiri dan Rico Williams di bahagian bek kanan mula membataskan peluang Cancelo untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Menerusi sumber akhbar pelbagai media, Guardiola pernah dipetik sebagai berkata: "Peningkatan prestasi Ake menggembirakan semua pihak dalam pasukan kami, kecuali seorang."
Pada waktu itu, ia tidak jelas siapakah yang dimaksudkan oleh Guardiola tetapi kini ia semestinya adalah Cancelo.
Menurut laporan Daily Mail, Cancelo menunjukkan reaksi negatif setiap kali tidak dipilih dalam kesebelasan utama, antaranya enggan memanaskan badan bersama pemain lain, enggan bersorak sewaktu pasukan menjaringkan gol dan menjadi sumber tidak harmoni di dalam bilik persalinan.
Kemuncaknya dilaporkan berlaku sewaktu Cancelo mengamuk apabila diumumkan sekali lagi tidak tersenarai dalam kesebelasan utama ketika menentang Arsenal dalam perlawanan Piala FA.
Tawaran daripada Bayern ini dilaporkan adalah hasil daripada pencarian Cancelo sendiri, maka City dan Guardiola tidak ragu-ragu untuk bersetuju.
Meskipun bakal kehilangan seorang lagi pemain bek selepas perpindahan Oleksandr Zinchenko ke pangkuan Arsenal pada awal musim ini, City seharusnya mempunyai pemain yang mencukupi sebagai ganti buat sementara.
Seperti yang disebutkan dari awal, pemain-pemain muda pasukan semestinya menghargai peluang yang terbuka dengan keberangkatan Cancelo ini.
Astro Arena
Tue Jan 31 2023

Menurut laporan Daily Mail, Cancelo menunjukkan reaksi negatif setiap kali tidak dipilih dalam kesebelasan utama. - Foto Astro ARENA

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Haaland cemerlang lakar hatrik
Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.

Liga Juara-Juara: Real menentang Chelsea, City berdepan Bayern
Napoli pula akan berdepan AC Milan untuk pertemuan sesama kelab Itali, manakala Inter Milan menentang Benfica.

UCL: Haaland pecah rekod jaring lima gol bantu Manchester City mara bergaya ke suku akhir
UCL: Haaland pecah rekod jaring lima gol bantu Manchester City mara bergaya ke suku akhir

PUMA tawar peluang saksikan trofi Kejohanan Liga Perdana 2022 secara langsung
PUMA beri peluang peminat bola sepak melihat secara langsung trofi Kejohanan Liga Perdana 2022 yang dimenangi pasukan Manchester City.

EPL: Nottingham tunda hajat Manchester City dominasi puncak
Mereka dijangka menguasai semula carta liga hasil jaringan Bernardo Silva dalam separuh masa pertama di laman lawan.

Pelabur Qatar sahkan tawaran beli MU
Syeikh Jassim Bin Hamad Al Thani mengesahkan penyerahan tawaran untuk membeli 100 peratus Kelab Bola Sepak Manchester United.

City pintas Arsenal
Biarpun dipintas City menerusi perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan berkongsi 51 mata, namun Arsenal masih memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding The Citizens.

Biar prestasi Manchester City berkata-kata - Rodri
Rodri membuka jaringan seawal minit keempat sebelum Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez meletakkan City mendahului 3-0 sebelum rehat.

19 kelab EPL ingin jatuhkan Manchester City - Guardiola
Katanya, kesemua pencabar itu mahu melihat City dihukum, tetapi dia yakin isu tersebut telah diatasi dan tuduhan itu akan digugurkan.

Guardiola tabik bisa Harry Kane
Pengurus City itu pernah gagal memancing penyerang berkenaan ke Manchester menjelang pada musim lalu.