SPORTS
Casemiro diintai PSG, Al-Hilal

PSG dilaporkan berminat dengan pemain berusia 31 tahun itu selain kelab Arab Saudi, Al-Hilal.- Gambar fail/AP
POTENSI perpindahan barisan pemain Manchester United dilihat berterusan dengan khabar angin terbaharu dilapor membabitkan pemain tengah Brazil, Casemiro.
Menurut The Sun, memetik laporan Perancis Sports Zone, Paris St Germain (PSG) berminat dengan pemain berusia 31 tahun itu dengan pasukan Arab Saudi, Al-Hilal turut meluahkan minat terhadap pemain tersebut.
Bagaimanapun, peluang pemain sayap, Jadon Sancho untuk meninggalkan Old Trafford kelihatan tipis kerana Manchester United sukar untuk mendapatkan pembeli yang sanggup membayar gaji pemain berusia 23 tahun itu.
Stadium Astro
*Artikel asal yang disiarkan di Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami