awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDM negara belum panik beberapa sukan tersasar

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2018
22:57 MYT
CDM negara belum panik beberapa sukan tersasar
HUANG YING HOW: Saya melihat sasaran 10 terbaik masih terbuka kerana kita hanya berada di pertengahan jalan. - Foto Astro ARENA
CHEF-de-mission (CDM) negara, Huang Ying How, belum mahu menekan butang panik walaupun beberapa prospek utama pingat negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast gagal menjelmakan kilauan pingat emas dalam sukan masing-masing setakat ini.
Kontinjen negara diletakkan sasaran untuk muncul antara 10 negara terbaik dalam temasya Gold Coast 2018 selain mengatasi pencapaian enam emas di Glasgow, empat tahun lalu.
Bermula baik dengan dua emas menerusi sukan angkat berat, rentak cemerlang itu bagaimanapun gagal diteruskan.
Ia bermula dengan kekalahan pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, yang gagal dalam acara keirin, diikuti kekalahan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, dan terbaru kegagalan skuad badminton berpasukan campuran negara dalam aksi final menentang India.
Sejurus skuad badminton negara gagal merealisasikan impian emas, ini reaksi Ying How: "Saya melihat sasaran 10 terbaik masih terbuka kerana kita hanya berada di pertengahan jalan. Walaupun hanya ada dua pingat emas menerusi acara angkat berat, masih banyak lagi acara lain yang ada.
"Kita masih ada terjun dan jangan lupa walaupun skuasy memenangi gangsa pada hari ini, kita masih akan beraksi dalam acara beregu dan peluang ada di situ."
Topic Berkaitan
#butang panik
#Chef-de-mission
#Gold Coast
#Huang Ying How
#pingat emas
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan