PHNOM PENH: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 Noor Syahieda Mat Shah memuji semangat juang atlet "luar biasa" yang mampu mencapai sasaran 33 pingat emas buat negara seawal hari keempat temasya dwitahunan itu berlangsung di Kemboja, semalam.
Beliau berkata kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu dalam mempersiapkan diri mereka untuk menggalas cabaran Malaysia yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat ini.
"Mereka (atlet) meggunakan kudrat sendiri untuk bermain acara yang disusun secara back-to-back (padat) jadi sudah semestinya pujian harus diberikan kepada mereka.
"Atlet juga langsung tidak pernah merungut berkenaan apa-apa, jadi bagi saya sasaran emas ini untuk mereka dan negara," katanya selepas gandingan Chee Chaoming-Brady Chin menghadiahkan emas ke-33 buat Malaysia menerusi acara beregu pingpong lelaki (Kelas 9- masalah keseimbangan ringan).
Emas keramat itu hadir semalam selepas gandingan negara menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez, 11-8, 11-7 dan 11-8, pada aksi final di Dewan Pingpong, Stadium Morodok.
Noor Syahieda berkata atlet negara yang akan mengambil bahagian berbaki tiga hari temasya seharusnya menggunakan peluang itu untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat apabila tiada lagi tekanan buat mereka.
"Sekarang ini tiada lagi tekanan buat atlet jadi mereka harus berseronok sebab lepas ini emas bonus dibuat adalah untuk mereka sendiri. Insya-Allah, saya yakin mereka mampu membawa lebih banyak emas," katanya.
Malaysia kini mempunyai 33 emas, 27 perak dan 18 gangsa dan berada pada kedudukan keempat carta pungutan pingat setakat pukul 8 pagi waktu Malaysia hari ini.
Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Noor Syahieda berkata atlet negara yang akan mengambil bahagian berbaki tiga hari temasya seharusnya menggunakan peluang itu untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat apabila tiada lagi tekanan buat mereka. - Gambar fail BERNAMA
Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Bank Malaysia akan hasilakan prestasi operasi berdaya tahan pada 2024
Institusi perbankan Malaysia akan mengatasi ketidaktentuan luaran untuk menghasilkan prestasi operasi yang berdaya tahan pada 2024.
87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP
Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
COP28: Naikkan harga karbon untuk dekarbonisasi - IMF
Pengarah Urusan IMF mencadangkan harga karbon untuk dinaikkan bagi menggalakan insentif usaha mengurangkan kesan pelepasan gas rumah kaca.
KWAP rancang ambil alih dua aset Centurion Corporation Limited
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Setahun berlalu: Isu alam sekitar, perubahan iklim diberi tumpuan sewajarnya?
Setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, adakah isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim menjadi tumpuan utama dalam dasar dan polisi kerajaan, mahupun perbahasan di Dewan Rakyat?

Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.

APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas
Kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.