awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia

Bernama
Bernama
06/06/2023
15:35 MYT
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Reaksi para penyokong Malaysia mengangkat poster 33 Emas sebaik pasangan Chee Chaoming- Brady Chin memenangi pingat Emas menerusi acara beregu Lelaki Kelas 9 di Table Tennis Hall, Stadium Morodok Techo, malam ini. - Foto BERNAMA
PHNOM PENH: Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.
Mereka cemerlang mencatatkan 11-8, 11-7 dan 11-8 pada aksi final untuk mengesahkan kemenangan pingat emas itu.
Terdahulu, emas ke-32 disumbangkan atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menerusi acara 400 meter lelaki (T20- kecacatan intelektual).
Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APG 2023
#Sukan Para ASEAN
#beregu ping pong lelaki
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan