awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Selangor marah pengadil beri penalti kepada JDT

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2022
22:00 MYT
CEO Selangor marah pengadil beri penalti kepada JDT
Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor. - Foto Sinar Harian
KEPUTUSAN pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Sabtu nyata mengundang kemarahan penyokong tuan rumah.
Malah Ketua Pegawai Eksekutif skuad gergasi merah, Dr Johan Kamal Hamidon turut menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada pengadil tersebut.
Dalam satu video tular di laman sosial menyaksikan Johan mempersoalkan tindakan Zulkarnain yang ditemuinya di tempat letak kereta selepas perlawanan itu.
“Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain, abang. Ingat ada kad kuning, kad merah, kuat dah abang?
“Ingat anak bini kat rumah tu, tanggungjawab itu besar,” itu antara kata-katanya yang boleh didengari dalam video berdurasi 35 saat itu.
Sebelum ini, dalam aksi tersebut, Selangor dan JDT hanya berpuas hati memungut satu mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1, dengan gol pelawat diraih menerusi tendangan penalti yang diberikan Zulkarnain kepada JDT di babak pertama.
Sepakan penalti itu kemudiannya disempurnakan Bergson da Silva di minit ke-33 untuk mendahului skuad Red Giants, sebelum anak didik Nidzam Jamil bangkit di babak kedua dengan ledakan Herlison Caion di minit 65. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#sepakan penalti
#Johan Kamal Hamidon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan