awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Selangor bangkit ikat JDT

Astro Arena
Astro Arena
03/09/2022
16:12 MYT
Liga Super: Selangor bangkit ikat JDT
Selangor FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Johor Darul Ta'zim FC (JDT) 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi. - Foto MFL
KUALA LUMPUR: Selangor FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Johor Darul Ta'zim FC (JDT) 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Gol daripada Herlison Caion dalam babak kedua memadamkan jaringan penalti Bergson da Silva buat JDT dalam separuh masa sebelumnya.
Aksi pada awal perlawanan itu berlangsung seimbang sehinggalah insiden Arif Aiman Hanapi dijatuhkan Yazan Al-Arab dalam kawasan penalti pada minit ke-32, yang kemudian dimanfaatkan Bergson untuk menjaringkan golnya yang ke-21 musim ini.
Ketika ramai menjangkakan Harimau Selatan akan meningkatkan asakan mereka dalam babak kedua, perkara sebaliknya berlaku apabila Selangor kelihatan lebih galak memburu gol penyamaan.
Dan Gergasi Merah memperoleh ganjaran daripada usaha mereka itu apabila Caion bijak menghidu lambungan awal rakan sepasukannya sebelum memperdayakan penjaga gol JDT, Haziq Nadzli, yang keluar terlalu awal dari kawasannya pada minit ke-66.
Keputusan seri itu, bagaimanapun, tidak menggugat kedudukan JDT di puncak Liga Super dengan himpunan 42 mata -- berkelebihan enam mata di depan pasukan di tangga kedua, Sabah FC.
Selangor pula berada di tangga kelapan dengan hanya 17 mata daripada 16 perlawanan.
Keputusan lain:
Terengganu FC 5 Melaka United 0
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#JDT
#Liga Super
#Johor
#Herlison Caion
#Bergson Da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan