awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea belum jadi pencabar kejuaraan, kata Sarri

Astro Arena
Astro Arena
19/08/2018
02:22 MYT
Chelsea belum jadi pencabar kejuaraan, kata Sarri
Maurizio Sarri ketika menyaksikan perlawanan EPL antara Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge, London, 18 Ogos, 2018. REUTERS
PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri, berpendapat pasukannya masih belum boleh dianggap sebagai pencabar kejuaraan walaupun menundukkan Arsenal 3-2, awal pagi tadi.
Selepas menundukkan Huddersfield Town dalam aksi pembukaan, The Blues merakamkan kemenangan kedua pada musim ini untuk menikmati kemenangan berturut-turut di bawah bimbingan Sarri.
Jaringan pada lewat permainan oleh Marcos Alonso menjadi pemisah buat kedua pasukan tatkala Arsenal mempamer kebangkitan setelah ketinggalan dua gol, namun Sarri menolak dakwaan pasukannya kini bersedia untuk merebut kejuaraan dan mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
"Tidak, bukan masa sekarang," katanya.
"Kami melakukan tugas dengan baik dalam 25 minit terakhir tetapi saya rasa kami masih banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Kami harus meningkat daripada segi bertahan dan saya bukan hanya bercakap mengenai pertahanan. Ia merangkumi seluruh pasukan.
"Jika kami memberi tekanan tinggi, kami mampu melakukannya tetapi ada beberapa ketika di mana kami gagal melakukannya sehingga mendatangkan masalah. Jadi, saya rasa masih banyak perkara yang perlu ditingkatkan."
Eden Hazard sekali lagi memulakan perlawanan dari bangku simpanan, memandangkan dia masih mendapatkan tahap kecergasan penuh selepas aksi Piala Dunia.
Bintang Belgium itu masuk menggantikan Willian selepas sejam perlawanan dan menjadi watak utama sewaktu Alonso menjaringkan gol kemenangan.
"Jelas sekali, Hazard adalah pemain yang hebat," tambah Sarri.
"Namun, saya rasa ketika ini dia belum boleh beraksi selama 90 minit, jadi lebih baik sekiranya Hazard hanya bermain selama 25-30 minit sewaktu tempo permainan menjadi perlahan.
"Saya berharap dalam masa seminggu atau dua minggu, dia mampu beraksi dalam satu aksi penuh."
Chelsea akan berdepan Newcastle United dalam aksi liga pada minggu depan.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#bola sepak
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Maurizio Sarri
#pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan