awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kumpulan KTMB umum pelantikan Azlan Shah Al Bakri sebagai CEO baharu
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan terbaharu di Selatan Thailand
10 termasuk tiga wanita ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea derma bonus Piala Dunia Kelab kepada keluarga Jota

Astro Arena
Astro Arena
15/08/2025
04:30 MYT
Chelsea derma bonus Piala Dunia Kelab kepada keluarga Jota
Pada 3 Julai 2025, Diogo Jota dan Andre Silva maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 65 Jalan Raya A-52 berhampiran Zamora, Sepanyol. - Gambar fail
CHELSEA menyumbangkan sebahagian daripada bonus kemenangan Piala Dunia Kelab kepada keluarga mendiang Diogo Jota dan abangnya, Andre Silva, sebagai tanda penghormatan terhadap dua beradik itu yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Sepanyol.

Ringkasan AI
  • Chelsea dan pemainnya sepakat menyumbangkan sebahagian bonus kemenangan Piala Dunia Kelab kepada keluarga mendiang Diogo Jota dan abangnya, Andre Silva.
  • Idea sumbangan itu dicetuskan Pedro Neto, rakan rapat Jota yang kini bermain untuk Chelsea dan pernah menjadi rakan sepasukan di Wolves serta skuad Portugal.
  • Daripada jumlah kemenangan keseluruhan AS$114.6 juta, sebanyak AS$15.5 juta diperuntukkan kepada pemain dan sebahagiannya disalurkan kepada keluarga Jota sebagai tanda penghormatan.

The Blues dan barisan pemainnya sepakat untuk menyumbangkan hasil bonus selepas membenam Paris Saint Germain 3-0 dalam aksi perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat.
Idea itu dicetuskan oleh Pedro Neto, rakan rapat Jota yang kini mewakili Chelsea dan pernah bergandingan bersamanya di Wolves serta skuad kebangsaan Portugal.
Daripada jumlah keseluruhan kemenangan sebanyak AS$114.6 juta (RM483.3 juta), sebanyak AS$15.5 juta (RM65.3 juta) diperuntukkan kepada pemain, dan sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada keluarga Jota.
Pada 3 Julai 2025, Diogo Jota dan Andre Silva maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 65 Jalan Raya A-52 berhampiran Zamora, Sepanyol.
Mereka menaiki sebuah Lamborghini Huracan yang dipercayai hilang kawalan selepas tayarnya pecah ketika memotong kenderaan lain. Kereta itu terbabas dan terbakar dengan dahsyat, menyebabkan kedua-dua mangsa rentung di tempat kejadian.
Pihak berkuasa Sepanyol mengesahkan tiada kenderaan lain terlibat, dan identifikasi awal dilakukan melalui plat nombor sebelum disahkan melalui DNA dan cap jari.
Kematian Jota mengejutkan dunia bola sepak, dengan Liverpool mengumumkan akan mengabadikan jersi nombor 20 miliknya sebagai penghormatan atas sumbangannya dalam kejayaan kelab meraih gelaran Liga Perdana Inggeris ke-20 musim 2024/2025. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Diogo Jota
#bonus kemenangan
#Piala Dunia Kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan