awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea sah tandatangani Koulibaly daripada Napoli

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2022
00:45 MYT
Chelsea sah tandatangani Koulibaly daripada Napoli
Kalidou Koulibaly. - Foto Astro ARENA
CHELSEA melengkapkan proses menandatangani Kalidou Koulibaly daripada Napoli dengan perbelanjaan yang dilaporkan bernilai €40 juta (RM179.59 juta).
Pertahanan tengah kebangsaan Senegal itu sebelum ini hanya memiliki baki kontrak setahun bersama Napoli dan dia kini sah mengikat kesepakatan selama empat tahun di Stamford Bridge.
Koulibaly sudah mula dikaitkan untuk meninggalkan Naples sejak beberapa tahun lalu, di mana dia sentiasa mencuri tumpuan di atas padang sejak tiba di Serie A daripada kelab Belgium, Genk, pada 2014.
Dua pertahanan, Antonio Rudiger dan Andreas Christensen, masing-masing telah meninggalkan Chelsea untuk menyertai Real Madrid dan Barcelona pada penghujung musim lalu.
The Blues kini telah menemui pengganti terbaik dengan mendatangkan Koulibaly walaupun mereka sebelum turut dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Nathan Ake, Jules Kounde dan Matthijs de Ligt.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab berkenaan, Koulibaly menganggap perpindahannya ke Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan impian jadi kenyataan.
"Saya amat gembira untuk berada di sini bersama pasukan ini di Chelsea.
"Ia merupakan pasukan yang besar di dunia dan saya sentiasa mengimpikan untuk bermain dalam EPL.
"Chelsea cuba mendapatkan saya pada 2016 tetapi ia tidak berjaya.
"Kini, apabila mereka datang memberikan tawaran buat saya, saya menerimanya kerana saya benar-benar mahu ke EPL dan beraksi bersama mereka.
"Apabila saya bercakap dengan rakan baik saya, Edou (Mendy) dan Jorginho, mereka membuatkan keputusan ini lebih mudah untuk dipilih, jadi saya amat gembira untuk dapat bersama anda hari ini," katanya.
Introducing our second signing of the summer! #KoulibalyIsChelsea
— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 16, 2022
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Liga Perdana Inggeris
#Kalidou Koulibaly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan