KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menolak persepsi sesetengah pihak terutama peminat bola sepak tempatan bahawa barisan pemain muda negara yang berpotensi tidak mempunyai tempat dalam pasukannya.
Menjelang saingan Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Cheng Hoe menyifatkan tanggapan itu tidak berasas dan ia dibuktikan dengan penyenaraian beberapa pemain muda dalam senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan.
"Kita sudah masukkan beberapa nama contoh Luqman (Luqman Hakim Shamsudin) yang memang telah bersama pasukan negara, Mukhairi (Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi), Quentin Cheng dan Azri Ghani (Muhammad Azri Ab Ghani) untuk diberi peluang.
"Nama-nama ini kita (barisan kejurulatihan) rasa mereka mempunyai masa depan yang bagus dan kita akan beri peluang kepada mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini sambil menambah, Azri Ghani telah menunjukkan prestasi amat baik ketika beraksi bersama skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara.
Azri Ghani yang juga pemain Perak FC diberi kepercayaan sebagai penjaga gol utama skuad B-22 bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney yang berjaya mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022, pada pusingan kelayakan kejohanan itu di Ulaanbaatar, Mongolia, bulan lepas.
"Kita telah memantau dia (Azri Ghani) sejak dia bersama skuad Bawah 19 Tahun kendalian Bojan Hodak lagi dan saya rasa ini lah masa terbaik untuk dia diberi peluang bersama pasukan senior," jelas Cheng Hoe.
Rabu lepas, pengendali berusia 53 tahun itu mengumumkan senarai 28 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi cabaran Kejuaraan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan.
Daripada 28 pemain dipanggil, sembilan daripadanya merupakan pemain berusia 23 tahun dan ke bawah dengan Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal yang masing-masing berusia 19 dan 20 tahun adalah pemain termuda dalam pasukan.
Sementara itu, Cheng Hoe berkata keputusan menyenaraikan penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok adalah bagi menambah pilihan di bahagian jentera serangan pasukannya selain teruja untuk melihat sumbangan yang mampu dimainkan pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu.
Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu menyarung jersi pasukan negara adalah pada 2017.
"Barisan kejurulatihan sentiasa mengikuti perkembangan setiap pemain dan saya rasa kita perlu bagi dia peluang kerana prestasi ditunjukkan dalam saingan Piala Malaysia dan pada musim ini bersama PJ City FC beliau beraksi begitu baik dan konsisten," kata Cheng Hoe.
Pada Kejuaraan Piala AFF 2020, Malaysia yang menyasarkan untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut akan memulakan kempen saingan Kumpulan B berdepan Kemboja pada 6 Dis diikuti Laos (9 Dis), Vietnam (12 Dis) dan Indonesia pada 19 Dis dalam misi muncul dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Cheng Hoe menyifatkan tanggapan itu tidak berasas dan ia dibuktikan dengan penyenaraian beberapa pemain muda dalam senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan. - Gambar fail
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.