awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
27/05/2023
22:00 MYT
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Ketinggalan seawal minit pertama perlawanan tidak memaksa Selangor menekan butang panik apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ketiga hasil gol daripada Mukhairi Ajmal Mahadi.
SELANGOR mengikut jejak langkah Terengganu melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Selangor ketinggalan terlebih dahulu apabila tuan rumah membuka jaringan menerusi Mohamad Safuwan Baharuddin yang menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid, seawal minit pertama perlawanan.
Ketinggalan tidak memaksa Selangor menekan butang panik apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ketiga hasil gol daripada Mukhairi Ajmal Mahadi.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi dengan melakukan beberapa peluang untuk menggandakan jaringan.
Selangor berjaya menggunakan peluang di sebalik kesilapan pertahanan tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua menerusi Yuhandry Orozco Cujia pada minit ke-60.
Orozco Cujia menggandakan jaringannya dalam perlawanan sekali gus membawa Gergasi Merah ke separuh akhir buat skuad Gergasi Merah apabila meledak gol ketiga pada minit ke-87. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Selangor
#Gergasi Merah
#Tan Cheng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan