KUALA LUMPUR: Berikutan kekalahan 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi, barisan pemain skuad Harimau Malaya menerima kritikan hebat, terutamanya pemain naturalisasi ketiga negara, Guilherme de Paula.
Penyerang kelahiran Brazil berusia 34 tahun itu, dilihat seolah-olah tidak bersemangat sepanjang 90 minit perlawanan dan dianggap 'hilang' dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel itu kerana kelibatnya jarang kelihatan.
Pelbagai hasut maya (troll) tersebar di media sosial yang mengecam pemain itu termasuk mahu menjualnya di portal e-dagang dengan harga serendah 50 sen.
Ramai peminat bola sepak tanah air, mempersoalkan mengapa de Paula, tidak digantikan dengan pemain lain, yang mampu beraksi dengan lebih baik.
Namun, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tampil menjelaskan bahawa de Paula terus diberi peluang untuk beraksi sepanjang 90 minit perlawanan itu kerana barisan kejurulatihan percaya pemain itu mampu menjaringkan gol penyamaan.
"Kita percaya dengan fizikalnya dan kita tahu beliau mempunyai penyudah yang baik. Kita fikir positif kerana waktu itu kita ketinggalan 1-0, jadi boleh dapat gol penyamaan menerusi de Paula," katanya ketika sidang media secara maya dari Dubai, hari ini.
Ditanya jika pemain itu akan terus diberi peluang dalam kesebelasan utama pada baki dua aksi menentang Vietnam pada Jumaat depan (11 Jun) dan Thailand (15 Jun), Cheng Hoe berkata pihaknya sedang berbincang dan mencari gandingan pemain terbaik untuk aksi tersebut.
"Saya rasa bagi keseluruhan perlawanan itu, kita tak dapat salahkan satu atau dua pemain sahaja, rata-rata pemain juga tidak berada pada tahap terbaik," katanya, sambil menambah persediaan skuad UAE jauh lebih baik berbanding Malaysia yang hanya dua minggu menjalani latihan.
Cabaran seterusnya bagi Cheng Hoe adalah meningkatkan motivasi dan semangat barisan pemain untuk dua perlawanan wajib menang itu, selepas melihat keadaan mereka yang kecewa dan muram ketika sesi sarapan pagi tadi.
Sementara itu, Cheng Hoe memberikan pujian kepada barisan pertahanan negara, terutamanya pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia Dion Cools yang cepat menyesuaikan diri pada penampilan pertama bersama skuad negara untuk mematahkan beberapa percubaan UAE.
"Dengan pengalaman bersaing di tahap tertinggi Eropah, tahap ketenangannya, taktikal, teknikal dan membaca rentak perlawanan bagus.
"Harap beliau dapat meningkatkan keseimbangan pasukan dan mampu beri tunjuk ajar kepada pemain muda supaya masa depan bola sepak lebih cerah untuk tampak lebih yakin bertemu pasukan yang jauh lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
CHENG HOE: Kita fikir positif kerana waktu itu kita ketinggalan 1-0, jadi boleh dapat gol penyamaan menerusi de Paula. - Gambar fail/BERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.