awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei hampiri gelaran hatrik All England

Bernama
Bernama
09/03/2013
16:03 MYT
Chong Wei hampiri gelaran hatrik All England
Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran hatrik Kejohanan All England apabila mara ke final selepas mengalahkan pemain Thailand pada separuh akhir di Birmingham, England, hari ini.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, bagaimanapun menghadapi tentangan sengit pada set pertama daripada Tanongsak Saensomboonsuk sebelum menang dengan keputusan 22-20, 21-8.
Chong Wei, 31, yang menjuarai kejohanan itu pada 2010 dan 2011, akan berdepan dengan pemenang satu lagi pertarungan separuh akhir antara Cheng Long dari China dan pemain Denmark Jan O Jorgensen.
Pada 2010, Chong Wei meraih gelaran pertama kejohanan berprestij itu dengan menundukkan pemain Jepun Kenichi Tago 21-19, 21-19 dan tahun berikutnya berjaya mempertahankan gelaran dengan mengatasi Lin Dan dari China dengan keputusan 21-17, 21-17.
Topic Berkaitan
#Kejohanan All England
#Lee Chong Wei
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan