awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei jumpa Chen Long pada final terbuka Denmark

Bernama
Bernama
19/10/2013
23:46 MYT
Chong Wei jumpa Chen Long pada final terbuka Denmark
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keenam tahun ini apabila layak ke final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark.
Chong Wei, selaku juara bertahan, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengalahkan pemain China, Du Penyu dengan keputusan 20-22, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan separuh akhir, Sabtu.
Menurut laman kejohanan www.badmintondenmark.com, Chong Wei, 30, akan menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China, Ahad ini.
Chen Long menempah slot final apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.
Sebelum ini, beregu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.262 juta) itu apabila kalah kepada gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam perlawanan suku akhir, Jumaat.
Topic Berkaitan
#Chen Long
#chong we
#Denmark Open
#Du Pengyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan