LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kesal dengan tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli para pemain profesional.
Chong Wei kurang senang dengan Tat Meng yang dilihat cuba memperbesarkan perkara remeh dan mahu meletakkan semua kesalahan atas badan induk tersebut.
Beliau berkata, BAM sebelum ini sudah memaklumkan kepada para pemain profesional agar memakai pakaian tanpa penaja sendiri, namun masih dibenarkan menggunakan raket, beg dan kasut daripada penaja masing-masing.
“Saya fikir permintaan BAM kepada pemain-pemain profesional adalah berpatutan kerana memiliki perjanjian dengan penaja. Mengapa kem Zii Jia menjadikan perkara ini sebagai isu sedangkan pemain-pemain lain seperti Teo Ee Yi, Ong Yew Sin dan jurulatih, Rosman Razak tidak ada masalah.
“Zii Jia nampaknya cuba menimbulkan isu yang tidak patut dan terlampau merungut. Dia sepatutnya perlu lebih matang dan tangani masalah dengan lebih bertanggungjawab,” katanya pada Khamis.
Tat Meng pada Rabu meluahkan rasa terkejut selepas BAM tidak membenarkan pemain-pemain profesional mengenakan pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Zii Jia turut membalas hantaran yang dibuat Tat Meng menerusi Instagram peribadinya.
“Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training pulak. Aishhhhh... susah ni nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening," tulis Zii Jia.
Chong Wei mengesyorkan jika Zii Jia tidak gembira dengan peraturan yang ditetapkan itu, dia boleh memilih untuk tidak menyertai latihan di akademi tersebut.
Beliau menjelaskan, tujuan utama menjemput para pemain profesional menjalani latihan di ABM adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kemampuan mereka bagi mengharungi setiap kejohanan.
“Saya beri cadangan kepada Tan Sri (Mohamad Norza Zakaria) dan menerima maklum balas positif. Tan Sri teruja dengan konsep ini kerana ia mampu beri manfaat kepada sukan itu.
“Hasilnya adalah persetujuan dicapai bersama pemain-pemain profesional dengan mereka boleh menggunakan fasiliti-fasiliti ABM dua hari seminggu. Semuanya adalah usaha untuk tingkatkan kemampuan pemain,” tambah Chong Wei.
Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu juga berharap Zii Jia menghargai setiap bantuan serta peluang yang diberikan, bukannya merungut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 18 2023
Chong Wei mengesyorkan jika Zii Jia tidak gembira dengan peraturan yang ditetapkan itu, dia boleh memilih untuk tidak menyertai latihan di akademi tersebut. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Chong Wei kesal dakwaan Tat Meng, Zii Jia
Chong Wei kesal dengan tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli para pemain profesional.