Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjanji untuk terus berusaha meningkatkan prestasinya, selepas syarikat minuman isotonik 100Plus menyambung tajaan selama dua tahun lagi, hari ini.
Pada majlis menandatangani perjanjian untuk kekal sebagai duta jenama minuman isotonik itu sehingga 2019, Chong Wei berkata sokongan berterusan daripada syarikat berkenaan memberikannya semangat untuk berjuang dengan baik di Piala Sudirman bermula Ahad ini dan Kejohanan Badminton Dunia pada Ogos.
"Saya sangat berterima kasih kepada 100Plus yang memberikan sokongan kepada saya untuk satu tempoh masa begitu panjang dan sentiasa bersama saya ketika saya menang, kalah dan juga ketika saya menerima hukuman penggantungan selama lapan bulan kerana isu doping. Ia merupakan tempoh yang begitu sukar bagi saya tetapi 100Plus tetap bersama saya.
"Saya sebagai duta jenama perlu bekerja keras, berlatih dengan bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik pada semua kejohanan yang saya sertai. Untuk Piala Sudirman, kami akan cuba buat yang terbaik walaupun pasukan kali ini tidak lengkap tanpa adanya Goh Liu Ying yang cedera," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini, hari ini.
Pemain berusia 34 tahun itu dilantik sebagai duta jenama 100Plus buat kali pertama pada tahun 2009, yang kini memasuki tahun kelapan.
Chong Wei, bersama-sama dengan duta 100Plus lain iaitu pasangan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong, pemain beregu campuran Chan Peng Soon dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei akan berlepas ke Gold Coast, Australia pada Rabu ini untuk saingan Piala Sudirman yang berlangsung dari 21-28 Mei, manakala Liu Ying pula sedang menjalani rawatan di Jerman untuk kecederaan bahu dan lutut kakinya.
Pemain skuad negara untuk mengharungi cabaran badminton berpasukan campuran dunia itu ialah pemain perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin; Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (beregu lelaki); Chan Peng Soon/Cheah Yee See dan Tan Kia Meng/Lai Pei Jing (beregu campuran); Sonia Cheah (perseorangan wanita); serta Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean (beregu wanita).
Walaupun pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Sudirman ialah layak ke pusingan separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China, Chong Wei yakin bahawa skuad kali ini yang dibarisi oleh pemain berpengalaman dan junior, mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain.
"Kita ada V Shem, Wee Kiong dan Peng Soon yang mempunyai pengalaman dalam kejohanan itu dan juga pemain junior yang boleh berganding dengan pemain senior. Kita telah membuat persiapan yang rapi dan akan cuba sampai ke tahap yang lebih baik kali ini tanpa mengira siapa lawan kita," katanya.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Jepun dan Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017
Chong Wei yakin bahawa skuad kali ini yang dibarisi oleh pemain berpengalaman dan junior, mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.