awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei mara ke final Terbuka Malaysia

Syafique Shuib
Syafique Shuib
08/04/2017
13:13 MYT
Chong Wei mara ke final Terbuka Malaysia
Pada aksi separuh akhir, Chong Wei menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong 21-12, 21-9. -fotoBERNAMA
WAKIL tunggal negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
Pada aksi separuh akhir, Chong Wei menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong 21-12, 21-9.
Chong Wei bakal bertemu bintang sensasi China dan musuh tradisi, Lin Dan pada aksi final esok.
Lin Dan mengalahkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho dalam rubber set pada saingan separuh akhir.
Berdasarkan rekod, Chong Wei hanya menang 12 kali daripada 37 pertemuannya dengan Lin Dan dengan pemain utama negara menang dalam tiga pertembungan terakhir termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.
Stadium Perpaduan bukan asing buat Chong Wei kerana pada 2006 beliau menewaskan Lin Dan dalam pertarungan sengit apabila bangkit ketika ketinggalan 13-20 dalam set penentuan sebelum menang 23-21 dan menamatkan perlawanan dengan 21-18, 18-21, 23-21, untuk gelaran ketiga berturut-turutnya.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#Terbuka Malaysia
#Vincent Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan