Wakil tunggal negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata di Stadium Perpaduan, Petra Jaya dekat sini.
Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha meraih kejuaraan kali ke-12 pada Terbuka Malaysia.
Berada di ranking pertama dunia, Chong Wei hanya memerlukan 45 minit untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14.
Chong Wei yang muncul juara pada edisi tahun lepas, dijangka tidak berdepan tugas sukar pada perlawanan separuh akhir, esok.
Beliau dijadual bertemu pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki yang meraih kemenangan percuma selepas pilihan ketiga, Chen Long dari China menarik diri.
Ketiadaan Chen Long memberi peluang lebih cerah kepada Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$600,000 (RM2.64 juta).
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Chong Wei berkata beliau berasa lega dapat menewaskan lawannya itu.
"Ini pertemuan pertama kami. Dia baru berusia 21 tahun dan cara permainannya agresif...agak sukar berdepan dengan beliau (Jeon Hyeok Jin). Namun saya tidak memberi peluang langsung kepadanya," kata Chong Wei.
Ditanya mengenai aksi separuh akhir esok, pemain utama negara itu berkata beliau akan bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan.
"Saya mahu meraih kemenangan ke-12 pada Terbuka Malaysia dan berharap tiada pemain dapat memecahkan rekod saya (kejuaraan ke-11 setakat ini)," katanya.
Bagi Jeon Hyeok Jin, beliau berasa gementar beraksi menentang Chong Wei di hadapan penonton tempatan, tambahan pula perlawanan itu adalah yang pertama bagi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017

Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha meraih kejuaraan kali ke-12 pada Terbuka Malaysia. -fotoBERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha meraih kejuaraan kali ke-12 pada Terbuka Malaysia.