Peminat badminton Malaysia mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei kembali beraksi selepas jaguh badminton negara itu membuat keputusan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019, yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 7 April ini di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata pemain berusia 36 tahun itu sedang dalam proses pemulihan yang berjalan dengan baik tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya menarik diri daripada pertandingan Tahap 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi memastikan anggota tubuhnya tidak menghadapi tekanan yang tidak sewajarnya.
"Keutamaan BAM kekal tertumpu kepada kesihatan Chong Wei dan akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain berusia 36 tahun itu. Kami juga menggesa setiap orang supaya memberikan ruang dan masa yang diperlukan untuk pemulihannya," kata badan badminton kebangsaan itu.
Berdasarkan undian yang dikeluarkan BWF awal bulan ini, Chong Wei yang merupakan Juara 12 kali Terbuka Malaysia akan bertemu pemain nombor satu India, K.Srikanth dalam pusingan pembukaan.
Berikutan Chong Wei menarik diri, skuad badminton negara sudah pasti mengharapkan pemain muda seperti Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven untuk menyinar buat negara dalam kejohanan yang menawarkan hadiah US$700,000 (RM2.853 juta).
Untuk rekod, Chong Wei berehat daripada badminton selama lapan bulan selepas mendapatkan rawatan untuk kanser hidung di Taiwan.
Chong Mei menjuarai Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011,2012, 2013, 2014, 2016 dan 2018.
Bernama
Tue Mar 19 2019
Chong Wei tarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia. -Gambar fail
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Tang Jie enggan ambil mudah cabaran BAC
Chen Tang Jie enggan mengambil mudah cabaran Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan membuka tirai Selasa depan (9 April) di Ningbo, China.
"Badminton amat besar di Malaysia" - Ed Sheeran
Ed Sheeran bermain badminton dengan legenda beregu campuran negara, Chan Peng Soon.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
Chong Wei tarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia - BAM
Peminat badminton Malaysia mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei kembali beraksi selepas jaguh badminton negara itu membuat keputusan menarik diri daripada Kejohan