Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman pada majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Chong Wei ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembira dan terharu diberikan penghargaan sedemikian.
"Saya sangat terharu, ini pertama kali saya mendapat pengiktirafan anugerah sebegini, dan ia memberi motivasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan," katanya.
Pemenang pingat perak bagi temasya Olimpik Rio 2016 itu berkata penghargaan anugerah itu juga merupakan pemangkin untuk dirinya terus menyambung karier dan perjuangan pada sukan Olimpik akan datang.
"Saya tidak janji sama ada akan bertanding atau tidak pada kejohanan Olimpik akan datang. Namun boleh saya katakan anugerah yang diterima malam ini membakar semangat saya untuk terus bekerja keras. Banyak faktor harus dilihat seperti umur dan kecederaan lama yang mungkin berulang kembali," katanya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut menyatakan hasratnya untuk bermain buat kali terakhir pada Kejohanan Sukan Asia di Palembang Indonesia dan Sukan Komanwel di Gold Coast Australia tahun depan.
Pada majlis tersebut, pemain badminton itu turut merangkul Anugerah Olahragawan 2016 dan Anugerah Perdana TYT 2016.
Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawati 2016 dan menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM3,000.
Selain itu, pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri menerima Anugerah Khas sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberikan oleh pemain skuad Harimau Kumbang itu dalam bidang bola sepak negara.
Atlet sukan karate Cherleen Cheung dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi daripada sukan sepak takraw muncul sebagai Olahragawati dan Olahragawan Harapan 2016 dan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM2,000.
Bagi anugerah pasukan wanita terbaik dan pasukan lelaki terbaik 2016, masing-masing dimenangi pasukan karate Pulau Pinang, yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM2,500.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menunjukkan anugerah Atlet Sepanjang Zaman selepas menerimanya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2016. - Foto Bernama
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Chong Wei terima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman
Chong Wei ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembira dan terharu diberikan penghargaan sedemikian.