awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei tewaskan Leverdez untuk mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
16/11/2017
23:00 MYT
Chong Wei tewaskan Leverdez untuk mara ke suku akhir
Chong Wei dijangka bertemu Axelsen pada pusingan separuh akhir sekiranya kedua-dua pemain itu berjaya melepasi pusingan suku akhir. - Gambar fail
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menebus maruah dengan mudah menyingkirkan Brice Leverdez dari Perancis dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Terbuka China pada Khamis.
Menurut laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia, Chong Wei yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan hanya memerlukan 31 minit menundukkan Leverdez dengan 21-6 dan 21-9 untuk mara ke suku akhir pada Jumaat.
Sebelum ini, Chong Wei tewas mengejut kepada pemain itu seawal pusingan pertama di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos.
Menanti beliau di perlawanan seterusnya di antara Jonatan Christie dari Indonesia atau Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.
Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain tuan rumah, Qiao Bin dengan straight set 21-12, 21-14 dan akan bertemu Chou Tien Chen pada perlawanan berikutnya.
Chong Wei dijangka bertemu Axelsen pada pusingan separuh akhir sekiranya kedua-dua pemain itu berjaya melepasi pusingan suku akhir.
Cabaran beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada Liu Cheng-Zhang Nan dari China dengan 16-21, 14-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Brice Leverdez
#Kejohanan Terbuka China
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan