awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM

Bernama
Bernama
22/01/2025
08:00 MYT
Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Keputusan tidak bertanding bagi memberi peluang kepada pemimpin lain menggalas tanggungjawab berkenaan yang disandangnya sejak 2017.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan pada Kongres Pemilihan badan induk itu bulan depan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat Okt lepas bagi memberi peluang kepada pemimpin lain menggalas tanggungjawab berkenaan yang disandangnya sejak 2017.
"Justeru, 15 Jan lepas ialah hari terakhir saya menunaikan tanggungjawab hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM sebagai Exco.
"Selepas lapan tahun berkhidmat, diakui ini bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi ia adalah jalan terbaik untuk saya fokus sepenuhnya kepada kerjaya hakiki," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kongres Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 akan berlangsung 15 Feb.
Sementara itu Christopher yang juga bekas pengurus skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin dan semua pihak yang memberi sokongan dan peluang sepanjang berkhidmat dengan badan induk bola sepak negara.
"Terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan Exco yang berjuang bersama saya selama ini dan selamat maju jaya. Teruslah membawa bola sepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#exco FAM
#Christopher Raj
#tidak bertanding
#Persatuan Bolasepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan