awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

City kutip mata berharga

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2023
01:30 MYT
City kutip mata berharga
Riyad Mahrez (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Manchester City di Stadium Stamford Bridge, London, 5 Jan 2023. (Foto AP)
KELAB Manchester City meraih tiga mata berharga untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.
Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat.
City beraksi hambar pada babak pertama, namun lebih menyerlah selepas rehat dengan gandingan pemain gantian, Jack Grealish dan Riyad Mahrez.
Kemasukan mereka membuahkan hasil apabila Mahrez meledak gol tunggal pada minit ke-63.
The Blues yang dibimbing Graham Potter mendominasi perlawanan sepanjang 45 minit pertama, namun City ampuh bertahan.
Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka jauh lebih baik pada babak kedua.
"City bergelut pada babak pertama. Kami leka, perlahan dan tanpa tempo, namun di babak kedua jauh lebih baik. Tiga mata ini sangat penting.
"Kami akan terus berusaha. Selepas ini Piala FA, Piala Liga dan kemudiannya Old Trafford," ujar Guardiola.
Menerusi kemenangan itu, The Citizens mengumpul 39 mata untuk menghuni tangga kedua ketinggalan lima mata dengan pendahulu, Arsenal.
Chelsea sekali lagi berdepan City dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Etihad pada awal pagi Isnin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#EPL
#Chelsea
#Riyad Mahrez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan