awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cleopatra Si Tapir pilih... Croatia!

Agensi
Agensi
14/07/2018
22:55 MYT
Cleopatra Si Tapir pilih... Croatia!
Cleopatra memakan buah dari mangkuk yang dilabelkan dengan bendera Croatia di Zoo Limpopo. (Foto AP)
Sebuah zoo di bandar Russia, Nizhny Novgorod cuba mendapatkan ramalan keputusan daripada seekor tapir untuk perlawanan akhir Piala Dunia antara Croatia dan Perancis, pada Ahad.
Tapir yang dipelihara di Zoo Limpopo bernama Cleopatra diberikan tugas untuk memilih antara dua mangkuk buah berasingan dengan setiap satu diletakkan bendera Croatia dan Perancis.
Cleopatra tidak teragak-agak dan terus berjalan menuju ke mangkuk buah yang mewakili Croatia, sekali gus seakan memberi bayangan barisan pasukan itu bakal menjulang piala berprestij itu di Stadium Luzhniki malam ini.
Tapir ini menjadi perhatian sejak Piala Dunia bermula dan setakat ini 75 peratus ramalannya tepat.
Episod ramalan juara yang dibuat secara suka-suka ini pernah 'menggunakan' pelbagai jenis haiwan dalam kempen Piala Dunia sebelum ini.
Antara yang pernah membuat kemunculan adalah sotong kurita, lembu, kucing dan labah-labah.
Topic Berkaitan
#Cleopatra
#Croatia
#Perancis
#Piala Dunia
#Piala Dunia AWANI
#Tapir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan