KEBIASAANNYA, atlet yang memegang rekod menerima bayaran paling tinggi pastinya tergolong daripada pemain bola sepak bertaraf antarabangsa kerana sering menerima tajaan daripada pelbagai jenis produk dan jenama.

Namun, tahun ini rekod itu dipegang oleh bintang UFC, Conor McGregor yang berada di senarai pertama dalam kalangan atlet yang menerima bayaran tertinggi sekali gus mengatasi pemain bola sepak terkenal dunia iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Menurut Forbes, McGregor memanfaatkan popularitinya dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) dengan meraih pendapatan sebanyak AS$180 juta (RM742.6 juta) dalam tempoh setahun lalu.

Sebahagian besar kekayaannya itu adalah hasil daripada penjualan saham dalam syarikat wiskinya yang bernilai sekitar AS$150 juta (RM619 juta) baru-baru ini.

Petinju kelahiran Ireland itu sebelum ini berada di tangga keempat Forbes pada tahun 2018 dengan hasil kekayaan sebanyak AS$90 juta (RM371 juta) ketika namanya melonjak naik berikutan pertarungan bersama Floyd Mayweather.

Sebelum ini, McGregor mendedahkan dia mahu membeli kelab bola sepak terkenal iaitu Manchester United dan Celtic.

Dia melihat peluang itu susulan daripada bantahan hebat peminat di mana penyokong United menyarankan keluarga Glazer menjual kelab berkenaan.

Selepas McGregor, ini senarai 10 atlet yang menerima bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2020 menurut Forbes :-

2) Lionel Messi, bola sepak dengan bayaran AS$130 juta (RM536.3 juta)

Lionel Messi


3) Cristano Ronaldo, pemain bola sepak dengan bayaran AS$120 juta (RM495 juta)

Cristiano Ronaldo


4) Dak Prescott, pemain American Football dengan bayaran AS$107.5 juta (RM443.5 juta)

Dak Prescott


5) Lebron James, pemain bola keranjang dengan bayaran AS$96.5 juta (RM398 juta)

Lebron James


6) Neymar, pemain bola sepak dengan bayaran AS$95 juta (RM391.9 juta)

Neymar


7) Roger Federer, pemain tennis dengan bayaran AS$90 juta (RM371.2 juta)

Roger Federer


8) Lewis Hamilton, pelumba F1 dengan bayaran AS$82 juta (RM338.2 juta)

Lewis Hamilton


9) Tom Brady, pemain American Football dengan bayaran AS$76 juta (RM313.5 juta)

Tom Brady


10) Kevin Durant, pemain bola keranjang dengan bayaran AS$75 juta (RM309.4 juta)

Kevin Durant