awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2021
22:28 MYT
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe diundi bersama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Laos dan Kemboja. - Stadium Astro
PEMAIN yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools, Luqman Hakim Shamsudin dan Dominic Tan antara 24 pemain yang dipanggil mewakili Malaysia bagi aksi persahabatan antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan.
Pertahanan FC Midtjylland (Denmark), Cools dan bintang KV Kortrijk (Belgium), Luqman serta pertahanan kelab Thailand Police Tero, Dominic dilaporkan mengambil bahagian dalam aksi antarabangsa.
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendominasi senarai skuad Harimau Malaya dengan lima pemain, diikuti Selangor FC (empat) sementara KL City serta Terengganu diwakili tiga pemain.
Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Bermula 1 Oktober 2021 Ia bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan (6 Oktober 2021) dan Uzbekistan (9 Oktober 2021) di Amman, Jordan. Baca penuh di https://t.co/wiRao4j3QQ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UnLYaR61ay
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 23, 2021
Dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Amman, Jordan, skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Untuk rekod, Malaysia tewas kepada Jordan 1-0 dalam pertemuan pada 2019, sementara itu adalah pertemuan pertama mereka dengan Uzbekistan dalam lebih dari 10 tahun ketika mereka tewas 3-1 dalam kelayakan Piala Asia 2011.
Kedua-dua perlawanan itu adalah aksi kompetitif pertama Harimau Malaya sejak mengatasi Thailand 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 Jun lalu, sekaligus menjadi aksi pemanas badan bagi saingan Piala AFF 2020 yang berlangsung 5 Disember ini.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe diundi bersama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Laos dan Kemboja.
Topic Berkaitan
#Harimau Malaysia
#bola sepak
#Jordan
#Uzbekistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan