DRAMA masa depan Philippe Coutinho akhirnya terjawab apabila secara rasminya melengkapkan perpindahannya dari Barcelona dengan menyertai Bayern Munich secara pinjaman untuk seluruh musim 2019/2020.
Jagoan Bundesliga menambat khidmat pemain sayap Brazil itu dengan bayaran 8.7 juta Euro, dengan tawaran pilihan pembelian bernilai 120 juta Euro selepas berakhirnya musim.
Gajinya yang dianggar sekitar 262,000 Euro seminggu juga akan dibayar sepenuhnya oleh Bayern, dipercayai meletakkannya di tempat keempat bayaran gaji mingguan paling tinggi selepas Thomas Muller, Manuel Neuer dan Robert Lewandowski.
“Bagi saya, perpindahan ini bererti cabaran baharu di negara baharu bersama salah satu kelab terbaik di Eropah. Saya tidak sabar.
“Seperti FC Bayern, saya ada impian besar dan saya yakin dapat mencapainya bersama dengan rakan sepasukan baharu,” kata pemain berusia 27 tahun itu.
Sejak berpindah dari Liverpool untuk merealisasikan impian sejak kecilnya dengan menyertai Barca pada 2018, Coutinho gagal menyesuaikan dirinya dan tidak dapat menampilkan potensi sebenar sepertimana di Anfield.
Walaupun melakar rekod 21 gol dan 11 bantuan jaringan dalam 75 perlawanan, selain menikmati kejuaraan La Liga dan Copa Del Rey, Coutinho tidak gembira berada di bawah bayang-bayang sosok besar Lionel Messi dan Luis Suarez yang merajai Nou Camp.
Dia berharap dapat menemui semula sentuhan magisnya di Allianz Arena, memandangkan kelompongan perlu diisi daripada pemergian Franck Ribery dan Arjen Robben yang menemui penghujung kontrak serta kembalinya James Rodriguez ke Real Madrid selepas dua musim dipinjamkan daripada Real Madrid.
Israr Khalid
Mon Aug 19 2019

Coutinho harap dapat temui semula sentuhan magisnya di Bavaria. - Foto Reuters

Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat ampang dan parti Ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac berkata sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah. Keputusan rasmi bagi Pemilihan PKR 2022 secara rasmi akan diumumkan pada Kongres PKR yang dijadualkan pada 16 dan 17 Julai depan.

34 premis urung lipas. lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Cerita Sebalik Berita: Penjawat awam | bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah bercerita tugasan liputannya dalam isu peluang kira-kira 1.6 juta penjawat awam membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Harga ayam adil untuk semua pihak - Alexander Nanta Linggi
Nanta berpuas hati dengan kadar kepatuhan terhadap harga siling ayam dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021. Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.

Kes 'scam' di Perlis meningkat 80 peratus - Polis
Kes jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian di Perlis dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat sehingga 80 peratus kata Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.

Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.

Generasi muda perlu bersatu untuk negara - Ras Adiba
Generasi muda perlu menghayati perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati ketika ini.

Coutinho akhirnya ke Bayern Munich secara pinjaman semusim, dengan pilihan pembelian
Pinjaman bernilai 8.7 juta Euro, dengan Barcelona turut menawarkan pembelian bernilai 120 juta Euro selepas musim berakhir.

Lewandowski beri jaminan kepada penyokong Bayern
Penyerang berusia 30 tahun itu menjaringkan gol ketika Bayern mengatasi AEK Athens 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) semalam, selepas gagal meledak gol dalam tiga perlawanan.

Arsene Wenger sesali igauan buruk di Munich
Arsenal kini di ambang penyingkiran dalam pusingan 16 buat musim ketujuh berturut-turut selepas kekalahan di Allianz Arena itu awal pagi tadi.

Bayern Munich kekal terajui liga
Bayern Munich mengekalkan pendahuluan dengan kemenangan 3-2 ke atas Hertha Berlin dalam bola sepak Bundesliga Jerman.
Liga Juara-Juara: Bayern Munich sekat kemaraan Arsenal
Buat pertama kalinya tiada wakil England di peringkat suku akhir sejak 1996 selepas Arsenal dinafikan kemaraan oleh Bayern Munich.