Penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo tidak akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Mexico hari ini kerana masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan kaki menjelang pertemuan pertama menentang Jerman pada 16 Jun ini./

Persekutuan Bola Sepak Portugal dalam laman sesawangnya berkata, bintang Real Madrid dan dua lagi pemain kebangsaan, Pepe dan Raul Meireles, kesemuanya "tidak cergas" dan akan direhatkan pada perlawanan persahabatan bertemu Mexico di Stadium Gillette Foxborough, Massachusetts.

Pemain bola sepak terkemuka itu belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tendon dan otot, kedua-duanya di kiri kiri.

Portugal akan bertemu Ireland pada satu lagi perlawanan persahabatan pada Selasa depan di New Jersey sebelum berlepas ke Brazil.

Dalam undian Piala Dunia, pasuka Portugal berada dalam Kumpulan G bersama-sama Amerika Syarikat dan Ghana.