Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.
Croneborg yang hanya mampu mendapat tempat kedua dalam dua kejohanan sebelum ini menepati ramalan menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 39 minit 11 saat.
"Ini kemenangan terbesar dalam karier saya dan mungkin kejohanan paling sukar di mana saya telah melakukan yang terbaik kerana tidak mahu lagi menamatkan perlumbaan di tempat kedua," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan itu.
Atlet Brazil, Thiago Vinhal terpaksa akur dengan kehebatan Croneborg dengan mengakhiri perlumbaan itu di tempat kedua dalam masa 8:39:44s di depan Kaito Tohara (Jepun) yang menduduki tempat ketiga (8:43:05).
Sementara itu, Riesler mencipta hatrik apabila merangkul kejuaraan kategori wanita dengan masa 9:25:33s, sekali gus mengulangi kejayaannya menjadi johan pada dua edisi sebelum ini.
Bagi Riesler, kejayaan yang diraih hari ini membuktikan kesungguhannya untuk mempertahankan kejuaraan dengan menamatkan ketiga-tiga disiplin di hadapan atlet lain dalam kategori itu.
"Saya dapat berenang dengan agak baik, namun displin berbasikal agak sukar dengan keadaan panas dan berbukit. Namun hujan semasa acara larian memberi kelegaan kepada saya," katanya.
Rakan senegara Riesler, Mareen Hufe menamatkan perlumbaan itu di tempat kedua dengan catatan 9:35:23s dan tempat ketiga diduduki Laura Siddall dari United Kingdom dengan 9:37:50s.
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi antara siri untuk memilih 40 peserta terbaik bagi bertarung di Kejohanan Ironman Dunia di Kaliua-Kona, Hawaii tahun depan.
Seramai 1,100 peserta dari 63 negara menyertai Ironman Malaysia Langkawi membabitkan tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.
KEPUTUSAN:
Profesional lelaki:
1. Fredrik Croneborg (Sweden) 8:39:11
2. Thiago Vinhal (Brazil) 8:39:44
3. Kaito Tohara (Jepun) 8:43:05
4. Daniil Sapunov (Ukraine) 8:44.59
5. Jeremy Jurkiewicz (Perancis) 8.46.59
Profesional Wanita:
1. Diana Riesler (Jerman) 9:25:33
2. Mareen Hufe (Jerman) 9:35:23
3. Laura Siddall (United Kingdom) 9:37:50
4. Tine Holst (Denmark) 9:41:47
5. Erin Green (Amerika Syarikat) 10:11:53
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
Riesler mencipta hatrik apabila merangkul kejuaraan kategori wanita dengan masa 9:25:33s, sekali gus mengulangi kejayaannya menjadi johan pada dua edisi sebelum ini. - Foto Bernama
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
SPRM peroleh perintah larang akses harta sejumlah AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion), yang ada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN)
Croneborg, Riesler juarai Ironman Malaysia Langkawi 2016
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.