awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cungkil kebolehan, bakat atlet sepak takraw dari sekolah rendah - Radzi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/09/2022
04:48 MYT
Cungkil kebolehan, bakat atlet sepak takraw dari sekolah rendah - Radzi
Radzi (tengah) melihat bakat murid-murid menimang bola takraw pada Majlis Pelancaran Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw bagi mencungkil bakat muda sukan tersebut dengan fasa pertama pelaksanaan melibatkan 1,200 pelajar sekolah rendah di seluruh negara.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Md Jidin berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk memberi ruang dan peluang seluas-luasnya bagi pelajar sekolah rendah menonjolkan kebolehan dan bakat masing-masing dalam pelbagai aspek termasuk sukan.
Untuk tujuan itu katanya, 10 mentor akan digerakkan ke 150 sekolah rendah untuk membuat penilaian.
"Sekiranya mereka mempunyai potensi, murid ini akan dihantar ke pusat-pusat latihan daerah, sekolah sukan negeri atau sekolah sukan Malaysia.
"Jadi ini merupakan satu usaha menyeluruh untuk kita lihat bagaimana KPM dapat memastikan potensi yang ada pada murid ini dapat dioptimumkan.
"Jumlah 1,200 ini hanya melibatkan fasa pertama, secara umumnya tiada had bilangan peserta namun ia juga bergantung had kekosongan di fasiliti latihan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 5 (1), di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, fasa pertama program itu akan berlangsung sehingga November dan selepas itu kementeriannya akan menilai model terbaik dan sesuai untuk fasa seterusnya.
Beliau menjelaskan, kriteria pemilihan murid untuk menyertai program berkenaan menggunakan pendekatan sains sukan dan keupayaan mereka akan diukur sebelum mereka dihantar menjalani latihan ke fasiliti latihan sedia ada.
"'Apa yang paling penting kita di KPM mahu setiap murid datang ke sekolah merasakan bahawa mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#sepak takraw
#atlet muda
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan