awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Damok juara Moto3 FIM CEV Sepanyol

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2021
13:05 MYT
Damok juara Moto3 FIM CEV Sepanyol
Syarifuddin Azman menamatkan perlumbaan dengan kemenangan bergaya apabila mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer - Gambar @Circuitcat_es
KUALA LUMPUR: Wakil negara, Syarifuddin Azman berjaya menempah nama di Barcelona, Sepanyol apabila muncul juara dalam perlumbaan pertama Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol.
Pemuda berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan kemenangan bergaya apabila mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer.
Memetik laporan Cakap Sukan, Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok memulakan perlumbaan di tangga ke-10 sebelum berada dalam kelompok hadapan sebelum mendahului di selekoh ke-10 sehingga ke garisan penamat.
Perlumbaan yang berlangsung di Litar Catalunya, Barcelona itu sekali gus menyaksikan lagu 'Negaraku' berkumandang dalam kemenangan yang dihadiahkan oleh Syarifuddin.
Syarifuddin Azman se lleva el gato al agua! Victoria en la primera carrera del Mundial Junior de #Moto3! #FIMCEVRepsol #RoadtoMotoGP pic.twitter.com/YUfvgJjoVe
— Circuit de Barcelona-Catalunya (@Circuitcat_es) June 13, 2021
What a win! Great to see Malaysian talent on the top step of the podium - congratulations Syarifuddin Azman https://t.co/aR0C8kF7ER
— PETRONAS SRT (@sepangracing) June 13, 2021
Beliau turut diapit dua pelumba Sepanyol David Munoz dan Jose Rueda yang masing-masing merangkul tempat kedua dan ketiga di atas podium kemenangan itu.
Memetik laporan sama, menerusi kemenangan kali ini, Damok berjaya melonjakkan diri ke tangga enam keseluruhan pelumba dengan 31 mata ketinggalan 57 mata di belakang pendahulu, Daniel Holgado dari Sepanyol.
Perlumbaan seterusnya dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2021 di Litar Algarve, Portugal.
Topic Berkaitan
#Moto3 FIM CEV
#Syarifuddin Azman
#barcelona
#sepanyol
#Damok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan