PETALING JAYA: Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok, bertekad untuk meneruskan rentak jaringan sebanyak mungkin untuk membantu Malaysia meraih hasil positif dalam perlawanan pembuka Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada Khamis ini.
Darren bekata bahawa lima gol yang berjaya dicetaknya dalam empat pertandingan peringkat kumpulan Piala AFC 2023-24 bersama Sabah FC sejak September lalu memberikannya motivasi untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
"Tentu saja itulah yang saya mahukan (terus menjaring gol), segala sesuatunya berjalan lancar di peringkat kelab, berjaya menjaring banyak gol dalam Piala AFC, yang merupakan perkara yang baik.
"Tetapi sekarang saya di sini bersama pasukan kebangsaan, fokus saya jelas untuk menjaring gol di sini, itu sangat penting dan itu adalah tugasan saya sebagai penyerang, jadi tentu saja saya datang untuk memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Penyerang berusia 33 tahun itu telah menyumbangkan dua gol bersama pasukan kebangsaan tahun ini, masing-masing ketika menentang Singapura dalam Piala AFF pada Januari lalu dan menentang Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada September lalu.
Dengan Sabah di peringkat pertandingan domestik musim ini, beliau mengumpulkan enam gol dalam Liga Super dan mencetak satu gol dalam kempen Piala Malaysia.
Selepas dua perlawanan bulan ini termasuk menentang Taiwan pada 21 Nov ini, Malaysia dijadualkan bertemu Oman di tempat lawan dan di sini masing-masing pada 21 dan 26 Mac depan, Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun di Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Lima gol dalam empat pertandingan peringkat kumpulan Piala AFC 2023-24 bersama Sabah FC sejak September lalu memberikan Darren motivasi.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Piala AFC: Sabah kekal status pendahulu kumpulan belasah PSM Makassar
Selepas menewaskan Hougang United FC pada 21 Sept lalu, Sabah mengekalkan rentak, kali ini dengan kemenangan besar di gelanggang lawan.
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
Darren tekad buru jaringan sebanyak mungkin di Chengdu
Pemain itu optimis sentuhan jurulatihnya yang agresif membantu pasukan mencetak banyak gol menentang China dan Syria kelak.
Piala AFF: Cheng Hoe puas hati persiapan skuad Harimau Malaya
Darren Lok terpaksa digugurkan daripada skuad ke Singapura sementara Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar diberi pelepasan sehari.