awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar Paris ingin kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel

Bernama
Bernama
30/07/2024
00:10 MYT
Datuk Bandar Paris ingin kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel
Gegelung Olimpik yang dipasang di Menara Eiffel perlu dikekalkan di bandar itu kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo. - Gambar Bernama
Paris: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pada Isnin berkata bahawa gegelung Olimpik yang dipasang di Menara Eiffel perlu dikekalkan di bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Terdapat tiga simbol yang perlu kita kekalkan supaya ia dapat dipelihara sebagai warisan," kata Hidalgo kepada stesen radio France Bleu, sambil menyenaraikan gegelung Menara Eiffel terlebih dahulu.
Hidalgo kemudian menyebut mengenai kawah yang menempatkan api Olimpik.
Kawah itu terletak di bawah belon gergasi di Taman Tuileries.
Datuk bandar itu juga ingin memasang arca perintis wanita yang pertama kali didedahkan semasa majlis pembukaan di bandar itu selepas Sukan Olimpik.
"Saya sudah lama berfikir bahawa ia akan kekal terpelihara di Paris, terutamanya di arrondissements ke-18.
"Tiga karya seni simbolik yang indah ini layak mendapat perhatian penuh kita," katanya.
Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Mark Adams berkata, pihak penganjur akan berbesar hati jika Paris menyimpan gegelung itu dan keputusan berada di tangan Hidalgo.
Lima gegelung yang saling berkait itu berukuran 29 meter lebar dan 15 meter tinggi, dipasang pada ketinggian 60 meter di antara tingkat pertama dan kedua di bahagian Menara Eiffel yang menghadap Sungai Seine. Setiap gegelung mempunyai diameter sembilan meter. - BERNAMA-dpa
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#gegelung Olimpik
#Menara Eiffel
#Datuk Bandar Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan