awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk LCW mahu umum persaraan?

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
07/06/2019
06:28 MYT
Datuk LCW mahu umum persaraan?
Chong Wei dikatakan membuat keputusan untuk menggantung raket atas nasihat doktor.
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka akan mengumumkan persaraannya minggu depan selepas 19 tahun perjuangannya dalam sukan bulu tangkis itu.
Menurut sumber, Chong Wei dikatakan membuat keputusan untuk menggantung raket atas nasihat doktor yang merawatnya agar beliau tidak lagi dibebani dengan tekanan.
Ia bagi mencegah kanser hidung yang dihadapinya sebelum ini bagi mengelakkan ia menyerang kembali.
Pemain berusia 37 tahun itu sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak mengambil cuti pada penghujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.
Terdahulu, atlet kelahiran Perak itu diketahui menghidap kanser hidung pada tahun lalu sebelum bercuti rehat selama beberapa bulan.
Beliau turut memberitahu akan tetap dengan pendiriannya dengan keputusan yang sudah diputuskan dan akan memaklumkan perancangannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan kejurulatihan skuad negara selepas Aidilfitri.
Kali terakhir Chong Wei merangkul kejuaraan adalah pada saingan Terbuka Malaysia 2018 yang menjadi gelaran ke-12 dalam kariernya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#badminton
#BAM
#bersara
#Chong Wei
#gantung raket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan