DAVID Luiz berkata Chelsea merupakan satu-satunya pasukan yang cuba bermain bola sepak dalam babak pertama ketika mereka seri dengan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
Jaringan Ross Barkley pada masa kecederaan menyumbang satu mata buat Chelsea yang mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di bawah bimbingan Maurizio Sarri.
United melancarkan satu percubaan tepat pada babak pertama tetapi barisan pemain Jose Mourinho bangkit untuk memimpin permainan selepas rehat hasil ledakan Anthony Martial.
Jaringan Barkley mencetuskan perbalahan di bangku simpanan namun keputusan itu meninggalkan Chelsea di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu, Liverpool dan Manchester City.
David Luiz, yang bermain di bawah Mourinho semasa pengurus pengurus Portugal menggalas tanggungjawab di Stamford Bridge, membidas taktik United.
"Kami cuba menang sejak dari awal permainan," kata pertahanan Brazil itu kepada laman sesawang Chelsea.
"Kami menguasai permainan dengan mengawal tempo selain cuba mencipta ruang untuk menjaringkan beberapa gol. Mereka datang dengan niat untuk bertahan dan melancarkan serangan balas.
"Saya fikir dalam babak pertama, hanya kami yang bermain bola sepak. Kami boleh melakukan aksi lebih baik lagi dengan menjaringkan gol kedua untuk membunuh permainan, tetapi tidak mudah untuk memenangi perlawanan EPL, terutama menghadapi kelab gergasi.
"Ia memberi mereka peluang kerana kami hanya menjaringkan satu gol dan dalam babak kedua, mereka bangkit dan bernasib baik dapat menjaringkan gol yang memantul daripada pemain kami.
"Selepas United meledak gol, mereka bertambah yakin dan ia merupakan perlawanan yang hebat. Ini adalah aksi Liga Perdana membabitkan pasukan yang hebat, jadi kami perlu terus berusaha keras."
Pertahanan tengah itu, yang telah memulakan kesemua sembilan aksi EPL musim ini selepas dipinggirkan oleh Antonio Conte, memuji watak Chelsea untuk mengikat kedudukan.
"Walaupun kami ketinggalan 1-2, kami berusaha mencetak gol penyamaan dan akhirnya kami berjaya melakukannya jadi saya fikir ia suatu semangat yang luar biasa," katanya.
"Ini adalah perlawanan penting menentang kelab besar dan ia akan sentiasa seperti ini.
"Kita perlu sedar bahawa kami mempunyai semangat yang luar biasa untuk mencuba dan menjaringkan gol kedua dan kami melakukannya pada akhirnya.
"Kami gembira kami telah banyak melangsungkan permainan tanpa kalah, bagaimanapun kami akan terus berusaha keras untuk mencuba dan memperbaiki pasukan kerana ini hanya permulaan."
Astro Arena
Mon Oct 22 2018
Pemain Chelsea, Ross Barkley, menjaringkan gol kedua melepasi penjaga gol Manchester United, David de Gea, di Stamford Bridge, London, Britain, 20 Okt, 2018. REUTERS
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.