KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi baharu negara, Guilherme de Paula antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari, bermula Isnin depan di Johor Bahru.

Selain pemain Perak FC itu, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta'zim FC), penjaga gol Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) juga merupakan antara muka baharu dalam senarai 28 pemain.

Bagaimanapun, dua pemain yang berkelana di luar negara, Liridon Krasniqi dan Junior Eldstal tidak dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad berkenaan.

Cheng Hoe berkata pemain naturalisasi kedua negara, Liridon yang beraksi bersama Newcastle Jets di Liga Australia (Liga-A) dan Junior yang beraksi bersama Chonburi FC di Liga 1 Thailand, tidak dipanggil kerana kesukaran tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke negara berkenaan.

"Lagipun saya melihat kedua-dua pemain ini sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu ini.

"Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai latihan pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Liga Thailand," katanya menerusi kenyataan semalam.

Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan UiTM FC, Sabtu lalu.

Kem itu adalah sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun.

Cheng Hoe juga mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain ketika dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini, iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 Nov 2019.

Sebanyak enam pemain, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC) diletakkan dalam senarai simpanan.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

"Fasiliti JDT merupakan sebuah pusat latihan berprestasi tinggi dan sudah tentu saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dihasilkan oleh skuad kebangsaan kerana persiapan bagi tiga perlawanan terakhir ini cukup penting.

"Pusat Latihan JDT ini juga memiliki pusat kecergasan dan perubatan mereka sendiri, selain dapat memenuhi keperluan untuk latihan diadakan dalam pelbagai jenis permukaan padang dan ia terletak berdekatan dengan hotel penginapan pasukan.

"Dengan mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah menjejas persiapan kami sejak lebih setahun lalu, skuad Harimau Malaya sudah tentu memerlukan setiap kelebihan yang ada dalam persiapan yang cukup singkat ini dan semuanya dapat kami lakukan di pusat latihan serba lengkap ini," jelasnya.

Beliau berkata tempoh sembilan hari itu cukup penting untuk meningkatkan semula persefahaman para pemainnya sama ada di dalam dan juga di luar padang kerana tidak banyak masa apabila berkumpul pada Mei nanti.

"Jadi kesempatan yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk memberitahu pemain tentang perancangan kita pada Mei nanti supaya semua sudah bersedia dan benar-benar fokus untuk aksi bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) itu," tambahnya.





Senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat:





















































































































































































BIL

 

NAMA

 

UMUR

 

PASUKAN

 

1.

 

MOHD FARIZAL MARLIAS

 

35

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

2.

 

MATTHEW DAVIES

 

26

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

3.

 

MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

 

34

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

4.

 

ADAM NOR AZLIN

 

25

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

5.

 

LA'VERE CORBIN-ONG

 

30

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

6.

 

MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN

 

21

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

7.

 

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

 

24

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

8.

 

MOHD AFIQ FAZAIL

 

27

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

9.

 

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

 

24

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

10.

 

MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR

 

27

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

11.

 

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

 

22

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

12.

 

MOHAMADOU SUMAREH

 

27

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

13.

 

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

 

26

 

JOHOR DARUL TA'ZIM FC

 

14.

 

MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

 

32

 

SELANGOR FC

 

15.

 

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

 

23

 

SELANGOR FC

 

16.

 

BRENDAN GAN

 

33

 

SELANGOR FC

 

17.

 

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

 

27

 

SELANGOR FC

 

18.

 

MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

 

20

 

TERENGGANU FC

 

19.

 

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

 

23

 

TERENGGANU FC

 

20.

 

SHAHRUL MOHD SAAD

 

28

 

PERAK FC

 

21.

 

GUILHERME DE PAULA LUCRECIO

 

35

 

PERAK FC

 

22.

 

MUHAMMAD FAZLY MAZLAN

 

28

 

SRI PAHANG FC

 

23.

 

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

 

26

 

SRI PAHANG FC

 

24.

 

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

 

32

 

MELAKA UNITED FC

 

25.

 

MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

 

29

 

KEDAH DARUL AMAN FC

 

26.

 

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

 

26

 

KUALA LUMPUR CITY FC

 

27.

 

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

 

19

 

KV KORTRIJK (BELGIUM)

 

28.

 

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

 

35

 

SARAWAK UNITED FC

 




-- BERNAMA