awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dembele, Lamine Yamal pilihan Mourinho menang Ballon d'Or

Astro Arena
Astro Arena
25/07/2025
02:10 MYT
Dembele, Lamine Yamal pilihan Mourinho menang Ballon d'Or
Dembele (kiri) menjaringkan 35 gol dan melakukan 16 bantuan jaringan dalam 53 penampilan bersama PSG musim ini, Yamal (kanan) menamatkan kempen 2024/25 bersama Barcelona dengan 18 gol dan 25 bantuan jaringan. - Foto Astro ARENA
JURULATIH berpengalaman, Jose Mourinho, memilih pemain Paris Saint-Germain, Ousmane Dembele mahupun penyerang muda Barcelona, Lamine Yamal, sebagai calon pemenang Ballon d'Or 2025.
Untuk rekod, Dembele telah menjaringkan 35 gol dan melakukan 16 bantuan jaringan dalam 53 penampilan bersama PSG musim ini, selain Yamal yang menamatkan kempen 2024/25 bersama Barcelona dengan 18 gol dan 25 bantuan jaringan.
Pemain berusia 18 tahun itu juga membantu Barca memenangi kempen LaLiga dan Copa Del Rey, malah mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2024/25.
Mourinho juga mahukan pemenang anugerah berprestij itu diberikan kepada pemain yang memenangi gelaran musim lalu.
"Bola sepak, tidak kira betapa kami mahu menjadikan pemain atau jurulatih sebagai orang yang istimewa, bagi saya bola sepak sentiasa kekal dilihat sebagi permainan berpasukan.
"Bagi saya mana-mana anugerah perlu mempunyai kaitan secara langsung dengan gelaran (trofi).
"Saya suka mereka berdua (Yamal dan Dembele), saya tidak dapat membezakan mereka. Saya mahu salah seorang daripada mereka menang, sudah semestinya.' katanya.
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Ballon d'Or
#Ousmane Dembele
#Lamine Yamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan