awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
21/02/2016
14:48 MYT
Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik
Pada Sabtu, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah berjaya meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita untuk menambah acara Malaysia di Sukan Olimpik. - Gambar fail
SKUAD terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.
Gandingan Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah, yang sudahpun layak ke Rio, menamatkan saingan di tempat lima daripada 12 pasangan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita selepas mengutip 301.50 mata pada Piala Dunia Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2016 di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio.
Menurut laman web FINA www.fina.org, gergasi sukan terjun dunia, China meraih pingat emas menerusi Shi Tingmao/Wu Minxia yang mengumpul 339.60 mata, manakala pasangan Kanada Jennifer Abel/Pamela Ware di tempat kedua selepas mengutip 312.27 mata.
Samantha Amy Mills/Esther Qin dari Australia pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas meraih 307.50 mata.
Pada Sabtu, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah berjaya meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita untuk menambah acara Malaysia di Sukan Olimpik.
Setakat ini, lima slot individu telah berjaya Malaysia layak menerusi Ooi Tze Liang (3m papan anjal dan 10m platform lelaki), Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal wanita), Nur Dhabitah Sabri (10m platform wanita) dan Pandelela Rinong dalam acara 10m platform wanita.
Topic Berkaitan
#Cheong Jun Hoong
#Nur Dhabitah
#Olimpik Rio
#Pandelela Rinong
#skuad terjun negara
#slot ketujuh
#sukan terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan