KUALA LUMPUR: Isu kewajaran Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 semakin 'hangat' diperbincangkan, apabila pelbagai pihak tampil dengan pendapat berbeza sehingga menimbulkan persoalan baharu, di mana prestij temasya empat tahun sekali itu sekiranya Malaysia mengurangkan bilangan sukan sehingga serendah 10 acara?
Penganalisis sukan tempatan, Datuk Pekan Ramli berkata, cadangan pengurangan acara sukan itu tidak realistik, apabila Malaysia dilihat seolah-olah mahu merendahkan taraf temasya kedua terbesar selepas Sukan Olimpik, yang turut diadakan empat tahun sekali itu.
Selain yakin cadangan berkenaan bukanlah yang dimahukan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), dengan Malaysia yang berkemungkinan disifatkan menganjurkan temasya berkenaan sebagai 'cukup syarat', bagi mengisi slot hos diberikan badan induk dunia itu.
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja, kalau kita nak menjaga imej negara kita perlu penuhi tuntutan CGF. Saya tidak rasa CGF kata 10 acara sudah cukup asalkan Malaysia buat, (jadi) ia satu keputusan (kurang baik) dari kita.
"... dan saya nampak cadangan (kurangkan acara) tidak praktikal, kerana kalau nak kecilkan daripada 20 acara di Birmingham 2022 kepada 17 atau 18 (di Malaysia) lebih baik, tetapi kalau sampai 10 atau 11 sahaja tidak nampak level Sukan Komanwel. (Mungkin) pandangan negara Komanwel (lain) negatif apabila (atlet) sukan pasti sudah bersedia untuk (sertai) 17 atau 18 acara," katanya ketika ditemui Bernama pada Selasa.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib pada Isnin berkata Sukan Komanwel boleh dianjurkan dalam skala rendah dengan mengurangkan bilangan sukan sehingga serendah 10 acara, meninggalkan upacara pembukaan dan penutup yang gah, serta tanpa membina kemudahan dan kampung sukan baharu untuk pengurangan ketara kos penganjuran.
Pekan turut merasakan nama baik Malaysia tidak akan tercemar, sekiranya menolak menjadi tuan rumah berdasarkan alasan kukuh dimiliki dengan keadaan ekonomi tidak menentu, selain waktu terbatas untuk membuat persiapan sebaiknya.
Beliau berkata, Malaysia perlulah 'ukur baju di badan sendiri' selain mempunyai prinsip 'biar lambat asal selamat', dengan cuba menawarkan diri menjadi tuan rumah buat kali kedua ketika benar-benar bersedia pada masa akan datang.
"Saya tidak nampak satu kerisauan (kalau tolak tawaran) sebab CGF bukan menawarkan kepada kita sahaja, ia bukan eksklusif tetapi kepada Singapura dan (negara) CGF lain (dan) andai menolak atas sebab tertentu dengan keupayaan kita (yang) tidak baik waktu ini, keadaan tidak sesuai keadaan ekonomi masyarakat susah sikit waktu ini.
"(Saya tidak rasa) CGF akan ban ataupun tidak bagi peluang (Malaysia) anjur Komanwel (masa depan). Kalau (nanti) kita benar-benar bersedia (boleh lalui) proses penawaran (dan) tunjuk berkeupayaan, selain mampu (anjur) Sukan Komanwel (pasti tiada masalah). Ia bukan peluang sekali hidup, ia tidak wujud," katanya yang turut menegaskan peganjuran sukan itu sepatutnya mengeratkan hubungan rakyat Malaysia.
Ditanya mengenai kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah bersama Singapura, Pekan berkata ia memerlukan perbincangan holistik segera bersama negara berkenaan, bagi mengetahui sekiranya mereka mahu bekerjasama untuk mengurangkan beban satu sama lain.
"Ini peluang kita (mungkin) nampak idea ini tiba-tiba sahaja muncul, sebab sebelum ini kita tidak tahu Singapura ditawarkan (jadi ia) pilihan baik. Malaysia dan Singapura sama-sama tanggung beban dan risiko cuma perlu perbincangan kena cepat sebab nak dekat keputusan Kabinet," katanya.
Victoria, Australia yang sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, menarik diri pada Julai tahun lepas disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dari jangkaan awal AUD2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
Berikutan itu, CGF menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia, yang pernah menjadi tuan rumah pada 1998 dan negara anggota lain untuk menyelamatkan sukan empat tahun sekali itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi jaminan semua aspek akan dipertimbangkan secara terperinci dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, sebelum keputusan berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026 dimuktamadkan.
Hannah bagaimanapun menjangka pengumuman keputusan itu mungkin mengambil masa, sekiranya maklumat tambahan diperlukan dalam pertimbangan tawaran berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Pekan merasakan, nama baik Malaysia tidak akan tercemar, sekiranya menolak menjadi tuan rumah berdasarkan alasan kukuh dimiliki dengan keadaan ekonomi tidak menentu. - Gambar fail/Bernama
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
MOM sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa Azizulhasni susulan kemalangan.