awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diego Landis import terakhir TFC

Bernama
Bernama
22/07/2025
09:30 MYT
Diego Landis import terakhir TFC
Pemain kelahiran Brazil itu telah menandatangani kontrak selama semusim bagi membantu "Skuad Penyu" mengharungi musim 2025/2026, yang akan bermula 8 Ogos depan. - Gambar/ IG diegolandis98
KUALA TERENGGANU: Benteng pertahanan pasukan Terengganu FC (TFC) diperkukuhkan dengan kehadiran pemain import baharu Diego Landis.

Ringkasan AI
  • Terengganu FC menandatangani pemain import baharu dari Brazil, Diego Landis, bagi memperkukuh benteng pertahanan pasukan untuk musim 2025/2026 yang bermula 8 Ogos, menggantikan beberapa pemain utama yang telah berpindah.
  • Landis, berusia 27 tahun dan berketinggian 1.93 meter, mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand bersama Khon Kaen United dan Nakhon Ratchasima, dan akan menyertai sesi latihan kecergasan minggu ini.
  • Landis merupakan pemain import terakhir yang ditandatangani TFC musim ini selepas Yan Mabella, Gabriel Costa, Junior Ngong Sam dan Raianderson da Costa Morais (Careca), dan dijangka beraksi dalam siri perlawanan persahabatan menjelang musim baharu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain kelahiran Brazil itu telah menandatangani kontrak selama semusim bagi membantu "Skuad Penyu" mengharungi musim 2025/2026, yang akan bermula 8 Ogos depan.
Beliau berkata pemilihan pemain berusia 27 tahun itu berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki di peringkat Asia dan Asia Tenggara.
"Kehadiran Landis bakal memberi lebih pilihan di bahagian pertahanan tengah terutama selepas perpindahan beberapa pemain utama pada penghujung musim lepas.
"Kehadirannya akan memberikan kestabilan dan ketenangan di barisan belakang sekali gus memperbaiki rekod pertahanan TFC yang kurang baik pada musim lepas," katanya dalam kenyataan hari ini,
Mohd Syahrizan berkata pemain berketinggian 1.93 meter itu telah tiba di Terengganu dan akan memulakan sesi latihan kecergasan pada minggu ini.
Beliau berkata sebelum menyertai TFC, Landis pernah beraksi di Liga Thailand bersama kelab Khon Kaen United dan Nakhon Ratchasima.
"Penyokong akan dapat melihat Landis beraksi pada beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan diadakan menjelang musim baharu," katanya.
Landis menjadi pemain import terakhir yang ditandatangani skuad Penyu untuk musim ini selepas Yan Mabella, Gabriel Costa, Junior Ngong Sam dan Raianderson da Costa Morais atau lebih dikenali sebagai Careca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Diego Landis
#TFC
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan