Ini bukan kali pertama bintang sensasi Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diketepikan ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22), negara Datuk Ong Kim Swee dalam pasukannya.
Pada 2016, Kim Swee yang ketika itu menjawat jawatan selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan mengambil keputusan menggugurkan nama Muhammad Safawi, daripada senarai akhir pemain menghadapi saingan Piala AFF, yang menyaksikan Malaysia gagal mara ke separuh akhir.
Selepas tiga tahun, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 dan 2019 itu kini menikmati kemuncak karier, selepas membuktikan kualiti dimiliki di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di peringkat domestik.
Pengguguran Muhammad Safawi, 22, pada waktu itu dibaratkan sebagai titik perubahan dalam kariernya, apabila selepas itu beliau bangkit dengan prestasi lebih meyakinkan dan Kim Swee mahu setiap pemain muda, mencontohi kesungguhan serta sifat tidak putus asa dimiliki beliau.
"Kalau tidak silap ia (titik perubahan) pada Piala AFF 2016 di mana saya menggugurkan beliau (Muhammad Safawi) ketika itu. Apabila digugurkan, beliau kembali dengan begitu positif dan tidak berputus asa...ini memberikan beliau satu keyakinan cukup baik.
"Setiap pemain harus mencontohi Safawi, di mana apabila beliau gagal atau digugurkan, tetap kembali dengan lebih kekuatan dan kini beliau merupakan pemain terbaik di negara kita," kata Kim Swee kepada Bernama.
Kim Swee semalam mengesahkan untuk tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
Bekas pemain sayap pasukan T-Team itu melakar rekod cemerlang bersama JDT musim ini, apabila meledak 20 gol dan merekodkan 10 'assist' sepanjang 3,088 minit permainan melibatkan 37 penampilan.
Nama Muhammad Safawi kini menjadi sebutan seluruh peminat bola sepak tanah air, selepas meledak dua gol dalam kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, dua hari lepas (Selasa).
Kemenangan itu sekali gus membantu skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, melengkapkan tahun 2019 dengan penuh gemilang.
Kim Swee yang telah membimbing Muhammad Safawi bersama skuad kebangsaan serta skuad B-22 negara mengakui, pemain kebangsaan itu memiliki kekuatan kaki kiri dan sering meluangkan masa sekitar 15-20 minit membuat latihan tambahan, selepas tamat sesi latihan pasukan.
"Kita dapat lihat Safawi kini berada pada tahap berbeza dan ini bukan sahaja daripada hasil usaha barisan jurulatih, tetapi keyakinan diri Safawi sendiri dan kesungguhan beliau yang telah membawanya ke tahap cukup baik ini.
"Dalam sesi latihan beliau fokus kepada setiap situasi tetapi yang memberi kelebihan sudah tentu sepakan percumanya, di mana beliau mempunyai kesungguhan untuk berlatih (sepakan percuma) setiap hari, selepas tamat latihan.
"Apabila kita berlatih dengan baik ketika sesi latihan, ia akan berlaku serta 'menjadi' di setiap perlawanan," jelas Kim Swee.
Pengguguran Muhammad Safawi mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif oleh peminat tempatan, namun apa yang pasti sebagai jurulatih, Kim Swee hanya mahukan yang terbaik buat pemain tersebut.
Adakah dengan keputusan Kim Swee ini, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan peningkatan prestasi lebih baik daripada Muhammad Safawi pada musim 2020?.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019

Pengguguran Muhammad Safawi (gambar) mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif oleh peminat tempatan, namun apa yang pasti sebagai jurulatih, Kim Swee hanya mahukan yang terbaik buat pemain tersebut. - Gambar fail

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Pembukaan Sekolah | Kanak-kanak tahun 1 bersedia ke sekolah
Tanggal 1 Mac, kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu akhirnya akan merasai suasana di sekolah rendah. Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar Tawau, Sabah mendapati, mereka sedikit sebanyak memahami SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19 [TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892942/40992816631614529767970_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19
Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan skim kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti yang sudah dilakukan beberapa negara lain. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Darurat | Darurat bukan untuk kekalkan jawatan PM
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

COVID-19 | Tiada calon SPM di Kedah positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29 ribu 936 calon di negeri itu didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berjalan sejak Isnin lalu. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Fikri Ujang berkata, JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan akan terus melakukan pemantauan pematuhan SOP seperti saringan keatas calon-calon.

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malaysia tawar insentif tarik pelabur, lagi strategi baharu ekonomi akan diumum - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

FAM mungkin ikut cara Vietnam, Thailand
Jawatan jurulatih skuad B-22 negara itu sedang hangat diperkatakan selepas FAM memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Datuk Ong Kim Swee.

FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.

Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.

Taktikal bukan punca kegagalan - Kim Swee
Kim Swee menegaskan pencapaian buruk skuad negara pada temasya dwitahunan itu bukan bererti dunia sudah 'kiamat'.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Pemain gabra pada babak pertama - Kim Swee
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa para pemainnya masih mencari rentak pada separuh masa pertama.

Semua pasukan punyai peluang sama, kata Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee berkata Malaysia selaku pemenang pingat perak dalam edisi Sukan SEA lepas, berhadapan dengan cabaran yang sengit.

'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.

Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.