awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Djokovic tarik diri ATP Tour Finals

Bernama
Bernama
09/11/2025
10:15 MYT
Djokovic tarik diri ATP Tour Finals
Djokovic beraksi dengan balutan di bahu dan kemudiannya mengumumkan bahawa dirinya tidak cukup cergas untuk beraksi dalam kejohanan penutup musim itu. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Novak Djokovic menarik diri daripada ATP Tour Finals di Turin minggu depan akibat kecederaan, lapor PA Media/dpa.

Ringkasan AI
  • Novak Djokovic menarik diri daripada ATP Tour Finals di Turin minggu depan disebabkan kecederaan yang berterusan.
  • Djokovic mencipta sejarah sebagai pemain lelaki tertua memenangi kejuaraan ATP selepas menjuarai Athens Open dengan gelaran ke-101 dalam kariernya.
  • Penarikan diri Djokovic membuka peluang kepada Lorenzo Musetti untuk menggantikan tempatnya dalam kejohanan tersebut.

Pemain berusia 38 tahun itu mencipta sejarah pada Sabtu apabila menjadi pemain lelaki tertua memenangi kejuaraan ATP selepas menjuarai Athens Open.
Djokovic meraih gelaran ke-101 dalam kariernya selepas menewaskan Lorenzo Musetti dalam tiga set.
Beliau beraksi dengan balutan di bahu dan kemudiannya mengumumkan bahawa dirinya tidak cukup cergas untuk beraksi dalam kejohanan penutup musim itu.
"Saya amat menantikan untuk beraksi di Turin dan memberikan yang terbaik, tetapi selepas perlawanan akhir di Athens hari ini, saya sedih untuk memaklumkan bahawa saya perlu menarik diri disebabkan kecederaan yang masih berterusan.
"Saya benar-benar memohon maaf kepada para peminat yang berharap untuk melihat saya beraksi -- sokongan anda amat bermakna bagi saya.
"Saya doakan semua pemain menikmati kejohanan yang hebat dan saya tidak sabar untuk kembali ke gelanggang tidak lama lagi," kata Djokovic dalam hantaran di Instagram.
Penarikan diri Djokovic membuka peluang buat Musetti, yang kini akan menggantikan tempatnya di kejohanan itu.
Musetti pada mulanya perlu memenangi kejuaraan di Athens untuk melayakkan diri ke ATP Finals di tanah airnya, namun kekalahan itu menyebabkan beliau menamatkan saingan di tempat kesembilan, dan layak sebagai pemain gantian pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Instagram
#ATP Tour Finals
#pemain gantian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan