awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua atlet positif doping belum minta cabar sampel B - Adamas

Bernama
Bernama
05/09/2021
20:01 MYT
Dua atlet positif doping belum minta cabar sampel B - Adamas
Seorang juruteknik menguji sampel yang diperolehi daripada para atlet. - Foto REUTERS/Christinne Muschi
KUALA LUMPUR: Dua atlet negara didapati positif penggunaan bahan terlarang pada ujian yang dilakukan Jun lepas.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Azura Abidin berkata kedua-dua atlet itu merupakan antara atlet yang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).
Beliau berkata sejurus menerima dua laporan 'Adverse Analytical Finding' (AAF) itu, pihaknya telah melaksanakan ulasan awal bagi memastikan pengujian dan analisis sampel yang diterima adalah selari dan mematuhi Kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2021, 'Adamas Doping Rules 2021' dan piawaian antarabangsa semasa.
Azura ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa kedua-dua atlet itu setakat ini belum meminta untuk mencabar Sampel B.
"Adamas telah memaklumkan atlet-atlet itu mengenai keputusan analisis makmal dan perkara ini masih dalam proses pengurusan keputusan di peringkat Adamas, dan adalah menjadi obligasi Adamas untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sulit tanpa sebarang gangguan," katanya.
Beliau berkata keputusan penuh laporan AAF itu akan dimaklumkan dalam laman web rasmi Adamas selepas kes diselesaikan, selari dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doping
#sukan
#atlet
#Dadah
#Agensi Anti-Doping Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan