awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beregu campuran mara ke suku akhir Terbuka Denmark

Bernama
Bernama
18/10/2018
22:15 MYT
Dua beregu campuran mara ke suku akhir Terbuka Denmark
Pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying ketika beraksi pada Sukan Komanwel 2018 April lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Dua pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menempah slot ke suku akhir Terbuka Denmark 2018 selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan kedua kejohanan itu di Odense, Denmark pada Khamis.
Peng Soon-Liu Ying, beregu pilihan keenam, mara ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun; 21-18 dan 21-16 pada aksi yang berlangsung di Odense Sports Park, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.befbadminton.com.
Goh-Lai, yang merupakan pilihan ketujuh, pula melangkah ke pusingan lapan pasangan terbaik itu apabila mengalahkan Lu Kai-Chen Lu dari China; 21-16 dan 21-7 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.
Kedua-dua pasangan beregu campuran itu adalah wakil negara yang masih meneruskan cabaran pada kejohanan berkenaan selepas beberapa pemain Malaysia lain tumpas dalam pusingan pembukaan pada Rabu.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF berstatus Super 750 itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#beregu
#Chan Peng Soon
#Goh Liu Ying
#goh soon huat
#Malaysia
#persekutuan badminton dunia
#Shevon Jemie Lai
#suku akhir
#Terbuka Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan