awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gol lewat Benzema pastikan Real Madrid kekal rekod sempurna

Astro Arena
Astro Arena
29/08/2022
02:00 MYT
Dua gol lewat Benzema pastikan Real Madrid kekal rekod sempurna
Aksi Karim Benzema meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan La Liga Sepanyol antara Espanyol dan Real Madrid di Barcelona, Sepanyol, 28 Ogos 2022. (Foto AP)
ESPANYOL 1 REAL MADRID 3
Ketua pasukan, Karim Benzema, menjaringkan dua gol pada lewat permainan untuk memastikan kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Espanyol, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pertama LaLiga musim ini.
Aksi di Stadium RCDE itu menyaksikan penyudah kemas Vinicius Junior buat Madrid dipadamkan oleh jaringan Joselu dalam babak pertama.
Benzema kemudian menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebaik perlawanan bersambung sambil Joselu pula hampir menjaringkan gol kedua tuan rumah.
Bagaimanapun, pada ketika perlawanan semakin ke penghujung, Benzema berhasil menemui lintangan gemilang Rodrygo dari sebelah kiri sebelum melepaskan sepakan Voli ke arah 'far post' untuk meletakkan Madrid kembali di depan.
Penjaga gol Espanyol, Benjamin Lecomte, kemudian dilayangkan kad merah kerana terjahan kerasnya ke atas Dani Ceballos di luar kawasan penalti sebelum Benzema memanfaatkan sepakan percuma dari jarak 20 ela itu untuk menewaskan penjaga gol gantian, Leandro Cabrera, dalam waktu kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan Madrid mengumpulkan sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan untuk berkongsi kedudukan teratas dengan Real Betis -- yang akan menjadi lawan seterusnya buat pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu -- dalam carta LaLiga.
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#LaLiga Sepanyol
#Karim Benzema
#Espanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan