KUALA LUMPUR: Dua pengadil hoki dari Malaysia, K. Ilanggo dan Eric Koh, mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) apabila dilantik mengadili Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India pada 24 Nov hingga 5 Dis ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Ranjit Singh berkata pelantikan dua pegawai itu membuktikan bahawa pengadil daripada Malaysia mempunyai kualiti tersendiri hingga mendapat kepercayaan daripada badan induk hoki dunia.
Beliau berharap ia menjadi pembakar semangat untuk pengadil lain agar meningkatkan prestasi mereka agar turut diberi kepercayaan mengadili kejohanan antarabangsa pada masa hadapan.
"Saya bagi pihak jawatankuasa berasa bangga kerana ada dua pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia Remaja.
"Kami berharap pada masa hadapan dalam kejohanan seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia akan ada lebih ramai pengadil daripada Malaysia akan betugas," katanya dalam kenyataan.
Ranjith berkata KHM sebelum ini telah menghantar Ilanggo bersama skuad senior kebangsaan ke Siri Jelajah United Kingdom (UK) untuk mengadili perlawanan di sana termasuk perlawanan ujian sebagai persediaan buat dirinya.
"Sedikit sebanyak pengalaman di sana diharap akan membantu Ilanggo sebelum mengadili perlawanan di Piala Dunia Remaja Lelaki.
"Ketika membuat keputusan untuk menghantar Ilanggo, Eric masih belum dilantik oleh pihak FIH, kerana itu, kami hanya menghantar Ilanggo.
"Bagaimanapun, Eric adalah seorang pengadil yang cukup berpengalaman dan telah mengadili Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2018 juga di Bhubaneswar.
"Jadi pengalaman Eric tentu akan membantu beliau dan kedua-dua pengadil kini telah bersedia sepenuhnya menjelang kejohanan tersebut," katanya.
Sementara itu, Ranjit berkata Jawatankuasa Pengadil KHM juga merancang untuk menggunakan kesibukan kalendar kejohanan antarabangsa 2022 sebagai platform menghantar lebih ramai pengadil ke kejohanan antarabangsa bagi menaik taraf pengadil tempatan.
Beliau berkata Malaysia memiliki 11 pengadil bertaraf antarabangsa, serta 30 pengadil dalam Kelas 1 yang berpotensi besar untuk dinaik taraf kepada pengadil kelas antarabangsa sekiranya prestasi mereka berada pada tahap terbaik.
"Kami akan melihat kejohanan-kejohanan yang ada agar proses menaik taraf tahap pengadil Malaysia akan terus berjalan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021

K. Ilanggo dan Eric Koh, mendapat pengiktirafan daripada FIH apabila dilantik mengadili Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India pada 24 Nov hingga 5 Dis ini. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Hoki: Revington tinggalkan KHM, pulang ke Britain
Ia berikutan pelantikan rakyat Afrika Selatan itu sebagai Ketua Jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain.

Bekas ketua jurulatih hoki kebangsaan Yahya Atan meninggal dunia
Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pakya', meninggal dunia pada usia 67 tahun petang tadi.

Hoki: THT juara Piala Sumbangsih 2022
Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul sebagai juara Piala Sumbangsih saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2.

Malaysia ganti Jepun, bakal buat kemunculan sulung di Piala Dunia Remaja Wanita Dunia 2022
Malaysia bakal membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia Remaja Wanita yang akan berlangsung di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 1 hingga 12 April depan.

Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia tarik diri
Keputusan dibuat mengikut arahan dan pandangan MSN dan kementerian-kementerian yang bertanggungjawab hal pandemik di Malaysia.

Dua pengadil Malaysia dilantik adili hoki Piala Dunia Remaja
Pelantikan dua pegawai itu membuktikan bahawa pengadil daripada Malaysia mempunyai kualiti tersendiri.

Speedy Tigers bakal perkenalkan 'DNA Malaysia' pada siri Jelajah UK 2021
Skuad The Speedy Tigers bakal memperkenalkan 'DNA Malaysia' dengan memperagakan corak permainan baharu ala Malaysia pada siri Jelajah United Kingdom 2021.

Hoki: Hanya yang lengkap dos vaksin COVID-19 dibenarkan sertai MJHL, Piala Tun Abdul Razak 2021
Syarat itu merupakan sebahagian daripada SOP ketat bagi penganjuran kedua-dua kejohanan berkenaan dalam membendung penularan COVID-19 ketika ini.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Dunia 2023
Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an, menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.