awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duncan mahu jadikan Harimau Malaya pasukan paling cergas di Asia

Bernama
Bernama
17/01/2025
01:00 MYT
Duncan mahu jadikan Harimau Malaya pasukan paling cergas di Asia
Duncan mengakui beliau kagum dengan projek revolusi Harimau Malaya dicetuskan Tunku Mahkota Ismail. - Foto FAM
KUALA LUMPUR: Sebaik dipilih menyertai projek revolusi Harimau Malaya, Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr Craig Duncan telah menetapkan misi untuk menjadikan skuad kebangsaan sebagai pasukan paling cergas di Asia.
Berbekalkan pengalaman luas terutamanya dalam bidang perubatan termasuk di beberapa negara luar sebelum ini, Duncan optimis sasaran tersebut mampu dicapai hasil daripada strategi bakal digunakan yang selari dengan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia.
"Secara asasnya, tugas selaku Ketua Prestasi Tinggi adalah menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan sains sukan, sains perubatan, kecergasan, nutrisi dan juga psikologi pemain.
"Bagi saya, semua aspek tersebut amat penting untuk memaksimumkan prestasi setiap pemain bagi membantu tugas Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski," katanya dalam hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.
Dalam pada itu, Duncan mengakui kagum dengan projek revolusi Harimau Malaya dicetuskan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Beliau berkata kerjasama dengan ahli pasukannya termasuk pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan serta bahagian perubatan sains sukan mampu menjelmakan lebih banyak aspek positif dalam pasukan negara.
Selain Duncan dan Cklamovski, projek tersebut turut menyaksikan pelantikan bekas pemain Kanada, Robert Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Craig Duncan
#projek revolusi Harimau Malaya
#pasukan paling cergas di Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan