Cadangan untuk memperhebatkan lagi penganjuran pertandingan e-sukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disambut baik penggemar sukan berasaskan permainan video itu.
Rata-rata pengunjung ke pertandingan Dota 2 (The Kuala Lumpur Major 2018) di sini yang merupakan kejohanan antarabangsa pertama dianjurkan dalam negara, menyokong cadangan itu demi pembangunan arena sukan berkenaan.
Penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Ahmad Danial Ahmad Syukur berkata dengan adanya penganjuran pertandingan antarabangsa dalam negara, ia dapat membuka mata selain memberi banyak pengetahuan baharu kepada komuniti e-sukan tempatan.
"Satu cadangan yang baik dan saya sokong jika ia diteruskan pada masa hadapan sebab banyak input baharu mengenai e-sukan di sini, dan ini adalah pendedahan yang baik buat penggemarnya," kata penuntut berusia 22 tahun ketika ditemui di venue pertandingan itu di sini.
Syed Saddiq yang meluangkan masa di The KL Major yang berlangsung di Axiata Arena semalam memberi bayangan pertandingan e-sukan akan terus dianjurkan pada masa akan datang apabila berkata The KL Major bukan pertandingan antarabangsa terakhir diadakan dalam negara.
Sementara itu, V. Avinesh, 26, berkata penganjuran pertandingan e-sukan dapat memberi peluang kepada golongan selain komuniti e-sukan untuk mengenali dan memahami sukan itu.
"Saya seorang gamer tetapi kebanyakkan orang di sekeliling saya tidak faham apa yang saya lakukan setiap hari untuk e-sukan. Sekurang-kurangnya dengan ada penganjuran ini saya dapat mengajak mereka ke sini untuk memahami apa itu e-sukan," katanya.
Sementara itu seorang kakitangan sebuah syarikat swasta, Aaron Liew, 30, berkata The KL Major dapat mencipta satu penanda aras yang boleh dijadikan panduan kepada penganjur e-sukan tempatan pada masa hadapan.
"Sudah dua hari saya di sini, saya amat kagum dengan acara ini, sungguh teratur dan anda dapat lihat banyak booth jualan di sini. Saya rasa ini akan beri banyak manfaat kepada komuniti e-sukan dalam negara untuk meningkatkan lagi standard pengendalian mereka untuk acara e-sukan," katanya.
Juara The KL Major akan membawa pulang hadiah kemenangan AS$350,000 (RM1.4 juta) di samping 4,950 Dota Pro Curcuit Point, yang akan membawa mereka menghampiri pusingan kelayakan kejohanan The International 2019 di Shanghai, China.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 17 2018
Aksi pasukan antarabangsa 'Ninjas in Pyjamas' sewaktu menentang 'Evil Geniuses' dalam permainan atas talian 'Defense of The Ancients 2' (DoTA2) pada hari kedua acara e-sukan 'KL Major E-Sports' di Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu. - Bernama
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir
Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.